3 Cara Jawab Soalan Pasal Gaji | Soalan berapakah gaji yang anda mahu ini kadangkala dijadikan “soalan trik” ketika temuduga. Ini kerana kadangkala bakal majikan ingin menguji sejauh manakah anda menilai kebolehan diri anda.

Walaupun begitu, soalan ini perlulah ditangani dan dijawab secara berhati-hati kerana anda tidak mahu kelihatan seperti terlalu mementingkan keperluan materialistik tetapi pada masa harus mempertahankan ‘market value’ calon temuduga.

Berikut adalah cara menangani soalan “Berapakah Gaji yang Anda Mahu?”:

1. “Saya lebih selesa sekiranya pihak Tuan sendiri memberikan saya julat gaji untuk jawatan ini”

2. “Pendapatan kasar semasa saya bekerja di syarikat terdahulu adalah RM3,500. Bolehkah tuan berikan julat gaji untuk jawatan ini?”

3. “Saya rasa agak terlalu awal untuk membincangkan perkara ini. Saya lebih selesa untuk membincangkan berkenaan pengalaman kerja dan skill set saya terlebih dahulu sebelum kita ke peringkat seterusnya.”

Elakkan dari terus bertanya berkenaan soal gaji dan bonus diawal proses temuduga. Sebaliknya tunggu sehingga penemuduga menerangkan kepada anda atau bertanyakan berkenaan gaji yang besesuaian untuk anda. – wikikau.com