7 Contoh Soalan Bocor Semasa Temuduga | Menghadiri temu duga adalah sesuatu perkara yang selalu memberi tekanan kepada anda. Betul tak? Walaupun anda telah mengadiri banyak temuduga namun perasaan tertekan itu masih ada lagi dalam diri anda.

Jadi langkah yang terbaik untuk mengelakan perkara ini adalah dengan melakukan persediaan (Preparations) contohnya mengkaji soalan-soalan yang lazim yang akan ditanya oleh penemuduga serta jawapan yang bertepatan dengan soalan yang ditanya. Ini merupakan antara soalan popular dan sering ditanya terutama untuk jawatan-jawatan yang memerlukan kelayakan akademik yang agak baik dan pengalaman kerja.

Kadang-kadang penemuduga hanya ingin melihat keyakinanan diri anda apabila bercakap didepan mereka walaupun jawapan yang anda bagi tidak begitu tepat. Petua dia, jangan tak jawab soalan. Bercakap dengan jelas, yakin pada diri sendiri. Jangan hanya mendiamkan diri.

 

TIPS KETIKA TEMUDUGA

7 Soalan Popular Ketika Temuduga

Penemuduga amat menitik-beratkan calon-calon yang mempunyai personaliti yang bagus supaya dapat memberikan impak positif kepada syarikat.

Berikut adalah beberapa soalan temuduga yang agak popular, dan sering ditanya semasa calon ditemuduga.

Soalan : Namakan kompeni , jawatan, tarikh masuk dan tarikh berhenti, dan berapa gaji ANDA semasa berkhidmat ditempat kerja yang sebelum ini?

Anda mungkin terkejut dengan soalan sedemikian. Walaupun soalannya senang tapi boleh mendatangkan masalah juga kalau anda tidak boleh jawap dengan betul.

Jadi ingat balik semua perkara tersebut dan terangkan secara terperinci seperti yang terdapat pada resume yang anda hantar kepada mereka.

Salah Satu cara yang paling mudah adalah sediakan satu nota tentang perkara diatas kemudian kalau boleh hafal dan bawa semasa hari temuduga.

 

Soalan : Apakah kelemahan yang ketara dalam diri kamu?

Apabila anda ditanya dengan soalan sebegini, anda jangan terlalu mendedahkan kelemahan anda yang ketara. Cuba tukarkan perkara yang negatif kepada yang lebih positif. Contohnya seperti berikut:

  • “Apabila saya diberi satu tugas, saya akan siapkannya lebih awal daripada jadual yang sepatutnya kerana saya banyak mengambil ikhtibar daripada buat kerja last minute yang sangat menyakitkan.”
  • “Saya sangat mementingkan kesempurnaan dalam kerja yang saya lakukan. Oleh yang demikian saya akan menyemak kerja saya berkali-kali sehingga saya betul-betul puas hati dengan apa yang saya lakukan.”
    Soalan : Apakah kekuatan yang ketara dalam diri kamu?

Mungkin soalan ini sangat mudah untuk anda jawab. Cara yang terbaik untuk menjawab soalan ini ialah dengan menerangkan kemahiran dan pengalaman anda yang berkerja di tempat lain sebelum ini dan kaitkan dengan kerja yang anda pohon sekarang. Contohnya adalah seperti berikut:

  • “Saya telah mencapai matlamat jualan syarikat setiap tahun dan saya telah diberi bonus kerana pencapaian saya tersebut.”
  • “Saya mahir mengurus masa saya dengan baik, cekap dan teratur sekaligus memudahkan saya untuk memberi tumpuan kepada tugasan yang seterusnya.”
  • “Saya mampu mencari jalan penyelesaian kepada setiap masalah yang sukar kerana saya tahu setiap masalah itu ada cara penyelesaianya yang tersendiri.”

 

Soalan : Bagaimana kekuatan yang ada pada diri anda boleh membantu anda dalam pekerjaan yang anda ceburi?

Soalan ini adalah soalan susulan daripada asas kekuatan anda tadi. Anda perlu huraikan bagaimana keupayaan tersebut membantu anda dalam berkerja. Jawapan ringkas yang saya syorkan adalah seperti berikut :

  • “Keupayaan saya yang paling ketara adalah boleh bekerja dengan pelbagai individu yang berbeza agama, bangsa dan budaya. Saya seronok bekerja dengan semua orang yang saya jumpa dan dalam masa yang sama saya akan merapatkan hubungan dengan mereka sekaligus memudahkan saya untuk menguruskan kerja secara berpasukan.”
  • “Saya sentiasa fokus terhadap kerja yang saya lakukan. Saya tidak mencampuradukan kerja dengan masalah personal saya ketika ditempat kerja. Oleh hal yang demikian saya mampu memberi komitmen yang tinggi terhadap kerja saya walaupun sibuk.”
  • “Walaupun saya sibuk dengan pelbagai tugas akan tetapi saya akan sentiasa memastikan kerja yang saya lakukan mengikut dew date yang telah ditetapkan atau sebelum tarikh akhir tugasan diserahkan.”

 

Soalan : Ceritakan serba sedikit tentang latar belakang anda?

Dalam menjawab soalan ini anda harus member jawapan berkenaan dengan jawatan, suasana kerja dan budaya kerja anda sebelum ini. Contohnya seperti berikut:

  • “Saya enjoy bekerja dan bermesyuarat dengan semua orang dan sentiasa fokus terhadap kerja saya.”
  • “Saya seorang yang berfikiran kreatif. Saya sentiasa mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk setiap masalah yang saya hadapi terutamanya dalam tugasan yang amanahkan kepada saya.”
  • “Saya cekap dalam melakukan tugasan dan membuatkan saya lebih proaktif dalam semua melaksanakan tugasan.”
    Soalan : Bagaimana cara anda menangani tekanan kerja?

Dalam soalan ini anda perlu menceritakan pengalaman anda apabila mengalami tekanan. Contoh jawapan mudah adalah seperti berikut:

  • “Tekanan adalah penting kepada saya kerana dengan adanya tekanan saya boleh melakukan tugasan dengan lebih baik. Cara yang sesuai untuk saya mengimbangi tekanan adalah dengan cara mengasingkan tekanan yang baik dan tekanan yang buruk.”
  • “Saya bertindak berdasarkan Situasi dan bukanya tekanan kerana saya tidak mahu memikirkan tekanan yang menyebabkan prestasi kerja saya menurun.”
  • “Saya bukanlah seorang yang sukar berkerja apabila dalam tekanan. Saya sentiasa fokus dan berusaha untuk menyiapkan kerja saya.”

 

Soalan : Pernakah anda bekerja dengan rakan setugas yang anda benci? Jika pernah, bagaimana mana anda uruskan perkara tersebut?

Contoh ayat yang boleh diguna pakai untuk soalan begini ialah :

  • “Ya saya pernah bekerja dengan orang sedemikian. Walaubagaimanapun apabila saya melihat dia fokus terhadap kerja dan tahu mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah, saya menghargai apa yang telah dia buat. Kemudian perlahan-lahan perasaan benci saya bertukar menjadi suka walaupun kami tidak berkawan.”

 

Tips Tambahan

Berikut adalah beberapa lagi tips dan petua temuduga yang boleh membantu anda dalam temuduga.

 

1. Datang Awal ke Tempat Temuduga

Cuba datang sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal daripada masa yang ditetapkan. Gunakan masa yang ada untuk melihat nota anda. Hadir lewat ke tempat boleh menyebabkan stress dan tekanan. Perkara ini boleh menyebabkan anda mudah hilang fokus dan prestasi anda akan berkurangan.

 

2. Manfaat Masa Temuduga

Gunakan masa yang diperuntukkan semasa sesi temuduga tersebut dengan optimum. Temuduga selama sejam mungkin boleh berakhir dengan masa yang sangat singkat. Oleh itu, cuba atur masa agar anda mendapat peluang untuk bertanyakan soalan. Anda boleh membawa dan tengok jam tangan anda semasa sesi temuduga.

 

3. Elakkan berbangga diri

Cuba dapatkan rentak yang sesuai untuk mempromosikan kelebihan dan kebolehan anda.

 

4. Jangan Berputus Asa sekiranya gagal

Gagal tidak membawa maksud anda akan gagal selama-lamanya. Sebaliknya anda perlu ambil pengajaran daripada kegagalan ini dan terus berusaha lebih keras pada masa yang akan datang.

 

5. Jujur Pada Diri Sendiri dan Terima Kekurangan

Sekiranya anda ditanya soalan yang mana anda tidak tahu ataupun tahu hanya sedikit akannya. Adalah terbaik bagi anda agar anda menyatakan, “Hal ini bukanlah satu kekuatan saya, namun saya ingin untuk belajar” – Jangan katakan yang anda tidak tahu, dan terus diam. Pastikan anda backup segala kelemahan anda.

 

6. Sediakan 10 Senarai Penting

Sebelum menghadiri temuduga, anda perlu sediakan 10 senarai yang anda perlu nyatakan semasa temuduga tersebut. Ia mungkin merupakan 10 pencapaian tertinggi yang anda pernah dapat. Sekurang-kurangnya, semasa ditemuduga anda tidak lupa akan 10 perkara yang penting untuk membanggakan para penemuduga tersebut.

 

7. Periksa Kajian Cuaca

Cuaca kadang-kadang tidak menentu, terutama di Kuala Lumpur. Oleh itu, sekiranya anda menerima tawaran untuk ditemuduga, pastikan anda memeriksa kajian cuaca terlebih dahulu. Pastikan keadaan cuaca pada hari tersebut. Sekiranya tidak memberansangkan, sekurang-kurangnya anda boleh bersedia.

 

8. Periksa Keadaan Tempat Temuduga

Salah satu masalah semasa menghadiri temuduga adalah tempat temuduga itu sendiri. Kadang-kadang tempat yang anda perlu pergi itu kerap jam ataupun fasiliti itu sukar untuk dapatkan parkir. Oleh itu, dapatkan maklumat yang secukupnya sebelum menghadiri tempat tersebut.

 

9. Banyakkan Berlatih

Terutama kepada yang tidak pernah menghadiri sesi temuduga sebelum ini, mereka mungkin gugup dan berdebar. Salah satu cara untuk menghilangkan (ataupun mengurangkan rasa tersebut) adalah dengan kerapkan berlatih dihadapan cermin.

 

Kesimpulan

Terdapat beberapa langkah yang senang untuk berjaya dalam apa jua temuduga. Apa yang pentingadalah anda berusaha dengan keras untuknya. Akhir kata,semoga contoh soalan temuduga ini dapat membantu sedikit sebanyak sesi temuduga yang anda akan lalui nanti. Pastikan anda mendapat rujukan yang terbaik supaya boleh melakukan persediaan untuk hadapi sebarang temuduga. Kami ucapkan selamat berjaya untuk anda. – wikikau.com