Contoh Kontrak Perkhidmatan atau Perjanjian Bertulis (Sampel Pejabat Tenaga Kerja) | Di bawah admin sediakan contoh kontrak perkhidmatan atau perjanjian betulis antara majikan dan pekerja. Ia wajib ada jika anda seorang majikan. Sebagai majikan, anda perlu menyediakan perjanjian bertulis ini kerana ianya penting untuk pihak anda dan sebagai pengetahuan kepada pekerja.

Perjanjian bertulis atau Kontrak Perkhidmatan diisi oleh pekerja yang menerima tawaran pekerjaan daripada majikan. Semua terma dan syarat penggajian ketika di tempat pekerjaan adalah tertulis di dalam kontrak ini. Jika banyak perkara kebiasaannya majikan akan membuat satu lampira lain atau dipanggil handbook dan ini perlu di berikan atau diletakkan di tempat yang boleh dibaca ketika pekerja memerlukannya.

Kontrak perjanjian ini wajib ada dan jika pemeriksaan dijalankan oleh pihak Jabatan Tenaga Kerja, jika majikan tidak menyediakan kontrak bertulis ini, adalah boleh di kompaun. Oleh itu, lebih baik anda menyediakan kontrak perjanjian bertulis ini untuk satu kemestian di tempat anda. Anda boleh tiru sebijik macam dalam contoh ini atau boleh menambah beberapa perkara penting. Jika penambahan itu bercanggah dengan undang-undang buruh, kontrak anda dikira tidak terpakai. Oleh itu, jika ada sebarang pindaan bolehlah menghubungi Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran dengan tempat anda untuk mengesahkan perkara ini. Anda boleh melihat senarai PTK berdekatan melalui link Alamat dan No. Telefon Pejabat Tenaga Kerja. – wikikau.com

 

DOWNLOAD

Kontrak Perjanjian (Akta Kerja 1955) Sampel Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dan Labuan

Kontrak Perjanjian (Akta Kerja 1955) Sampel Jabatan Tenaga Kerja Sarawak