Cuti Bersalin & Elaun Bersalin Sektor Swasta

Cuti Bersalin & Elaun Bersalin Sektor Swasta | Sudah semestinya, tajuk ini sangat-sangat penting bagi wanita. Mereka begitu risau jika mereka tidak diberikan cuti bersalin yang mencukupi untuk menjaga bayi yang baru lahir. Tapi ada juga yang tidak tahu berapa jumlah cuti bersalin sektor swasta dan juga adakah mereka layan mendapat elaun bersalin.

Untuk tajuk ini, admin akan menulis begitu simple. Ini kerana tajuk ini sangat susah sedikit tetapi cukuplah jika kita mengetahui secara basic berkenaan dengan jumlah cuti bersalin, elaun bersalin, siapa yang layak dapat cuti bersalin, siapa tidak layak dapat elaun bersalin, semuanya admin akan rumuskan di bawah.

Sebelum itu, seperti biasa admin akan bagitahu seksyen mana yang menyebut berkenaan dengan cuti bersalin dan elaun bersalin di dalam buku undang-undang iaitu Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah Bab.67 dan Ordinan Buruh Sarawak Bab. 76.

Jumlah dan elaun bersalin terletak di bawah tajuk Perlindungan Bersalin di bawah Seksyen 37 – Akta Kerja 1955,  Seksyen 83 – Ordinan Buruh Sabah Bab.67, dan Seksyen 84 Ordinan Buruh Sarawak Bab. 76.

 

Cuti Bersalin

  • Di bawah peruntukan tersebut telah jelas menetapkan, setiap wanita tanpa mengira tangga gaji mereka dan wanita itu yang melahirkan anak sebenar (bukan anak angkat) berhak mendapatkan jumlah cuti bersalin 60 hari berterusan bermula hari melahirkan anak.
  • 60 hari berturut-turut adalah termasuk hari rehat, cuti sakit, cuti umum dsb. Jika terdapat cuti umum semasa cuti bersalin diambil, maka tiada cuti gantian atau tambahan untuk pekerja.
  • Perkataan digunakan adalah ‘wanita‘ sahaja, maka ia terpakai kepada pekerja wanita samada berkahwin atau tidak berkahwin.
  • Cuti bersalin tidak boleh bermula lebih awal daripada tempoh tiga puluh hari sebelum bersalin (confinement) seseorang pekerja wanita.
  • Cuti bersalin tidak boleh lewat daripada hari berikutnya selepas seseorang pekerja wanita itu bersalin (confinement).
  • Melahirkan anak selepas sekurang-kurangnya 22 minggu hamil sama ada anak itu hidup atau mati. Seksyen 2 Akta Kerja 1955. Bagi pekerja di Sabah dan Sarawak, yang terpakai akta masing-masing tempoh kehamilan adalah sekurang-kurangnya 28 minggu.

 

Elaun Bersalin

Kelayakan elaun bersalin ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

  • Kurang daripada 5 orang anak (yang masih hidup). Sekiranya telah melahirkan 6 orang anak, tetapi 2 telah meninggal dunia, maka masih layak mendapat faedah bersalin. Sekiranya baru 2 kali hamil, tetapi setiap kali dapat kembar 3 (jumlah 6 orang anak), maka tidak layak untuk mendapat faedah bersalin tapi berhak untuk mengambil cuti bersalin.
  • Dia telah diambil bekerja oleh majikannya pada bila-bila masa dalam tempoh empat bulan sebelum sahaja dia bersalin (digajikan 4 bulan sebelum tarikh bersalin)
  • Dia telah diambil bekerja oleh majikannya bagi tempoh atau tempoh-tempoh yang berjumlah kesemuanya tidak kurang daripada 90 hari dalam masa sembilan bulan sebelum sahaja dia bersalin (jika di atas adalah digajikan 4 bulan bermakna paling cincai kiraan 4 bulan itu adalah 120 hari, jadi dalam part ini 90 hari adalah bekerja untuk wanita itu bekerja penuh kerana ada wanita yang dalam masa dia mengandung, mungkin banyak dia mengambil cuti, so jika ambil banyak cuti menyebabkan dia kurang bekerja daripada 90 hari adalah tidak layak mendapat cuti bersalin)
  • Pembayaran elaun bersalin dibayar seolah-olah elaun tersebut adalah upah atau gaji pekerja yang dibayar sekian-sekian tarikh sebagaimana semasa wanita ini bekerja.
  • Tidak memberitahu majikan dalam masa 60 hari sebelum bersalin yang beliau sedang mengandung boleh ditahan elaun bersalin ini sehingga notis pemberitahuan diberikan.

Tafsiran:

‘Anak’ bagi maksud peruntukkan di atas adalah anak sebenar tidak kira umurnya.

 

Lain-lain:

Wanita dalam tempoh cuti bersalin boleh menggunakan cuti bersalinnya itu untuk notis berhenti kerja. Tetapi majikan TIDAK BOLEH memberhentikan pekerja yang sedang cuti bersalin.

Daftar bersalin wajib di isi dan di simpan majikan dalam tempoh 6 tahun untuk semakan Pegawai Tenaga Kerja yang membuat lawatan ke tempat-tempat pekerja majikan. Jika tiada, ianya adalah kesalahan dan boleh dikompaun oleh pihak JTK.

Cuti bersalin untuk si suami menemani isteri ketika bersalin untuk sektor swasta adalah tiada. Tetapi ianya bergantung kepada polisi syarikat masing-masing. Jika tidak beri tiada masalah tetapi jika beri lagi bagus. Tapi elok bagi la yer.. itu kan kebajikan… – wikikau.com

Macam biasa, jika korang ada soalan nak ditanya, boleh hantar di rungan komen di bawah, admin akan jawab sepantas mungkin. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila share melalui button share yang disediakan. Terima kasih semua.

64 Replies to “Cuti Bersalin & Elaun Bersalin Sektor Swasta”

      1. shi admin, saya ada tanya HR dekat tempat saya bekerja mengenai cuti bersalin untuk pekerja swasta, 2 bulan atau 3 bulan,

        HR memberitahu saya ini adalah cadangan sahaja, bukan ada dalam akta pun.

        1. Hi,
          Dalam akta sekarang adalah 2 bulan, pada 1.1.2018, cuti bersalin naik kepada 3 bulan. Arahan kerajaan yang akan keluarkan pekeliling. Jika majikan ingkar, report saja..

        1. kena baca artikel kat atas tu, jika memenuhi syarat, cuti bsalin sekali dgn elaun bsalin (gaji). Dan rasanya xde majikan bayar RM6/hari. Skrg gaji minima, wajib kasi gaji RM38.46/hari, Rm1000 sebulan utk semenanjung dan labuan, RM35.38/hari RM920 sebulan di sabah dan sarawak.

  1. Assalam, saya baru berkerja sebulan dan baru tahu saya mengandung, adakah saya layan untuk mendapat cuti bersalin berbayar walaupun belum setahun berkerja.

    1. Wsalam.. anda layak mendapat cuti dan elaun bersalin dengan syarat puan bgtau cepat2 kat majikan dan puan kena memenuhi syarat di atas iaitu bekerja sekurang-kurangnya 90 hari sebelum bersalin.. kalau ok, majikan wajib bayar, jika mereka enggan bayar, report pejabat tenaga kerja berdekatan yer

  2. assalamualaikum nak tanya…kalau pekerja yang belum confirm tp sudah bekerja dengan syarikat selama 10 bulan++..adakah dia layak untuk menerima gaji semasa cuti bersalin atau cuti bersalinnya di kira unpaid leave?
    Terima kasih

    1. Wssalam.. cuti dan elaun bersalin takde syarat kena kerja berapa lama mcm annual leave, cuti dan elaun bersalin layak dinikmati oleh pekerja seperti syarat di atas. makna kalau dia kerja masa kandungan dan 6 bulan sebagai contoh, so dia tak layak la, sebab elaun bersalin layak utk pekerja yang kandungannya berusia 4 bulan ke bawah sebelum bersalin. Jadi jika dia tak layak menerima elaun bersalin, pekerja kena abiskan annual leave, dan seterusnya cuti tanpa gaji.

  3. Adakah seorang pekerja yang menghantar notis berhenti kerja dalam masa dia cuti bersalin 60 hari

    Beliau mula cuti bersalin pada 23/09/2017 dan akan berakhir pada 21/11/2017. Tetapi pada 23/10/2017 beliau telah menghantar notis berhenti kerja selama sebulan. Adakah dia layak mendapat pembayaran gaji sehingga 22/11/2017?

    1. Setiap pekerja boleh menggunakan cuti bersalin tersebut sebagai tempoh notis untuk berhenti kerja, dan layak mendapat elaun bersalin seperti biasa.

      Manakala majikan pula tidak boleh menberhentikan pekerja semasa pekerja dalam tempoh cuti bersalin.

  4. Assalammualaikum Admin, saya dapat cuti bersalin / MC dari hospital selama 90 hari (30/10/17- 30/1/18) dan majikan setuju untuk bayar elaun bersalin untuk 2 bulan. Jika saya hantar notis berhenti 1 bulan pada majikan bermula tarikh 1/1/18 adakah saya perlu membayar ganti gaji 1 bulan pada majikan saya semula?

    1. Waalaikummusalam..
      Admin tidak faham kenapa hospital memberi cuti selama 90 hari. Kerana di dalam akta, hanya layak 60 hari. Sebulan lagi yang lebih itu admin tidak tahu apakah cuti tersebut. Jika majikan bersetuju dgn 3 bulan tersebut, pekerja boleh gunakan sebulan yang terakhir sebagai notis untuk berhenti kerja dan tak perlu untuk membayar gaji ganti notis..

      Tapi admin cuma kurang pasti kenapa dan apakah cuti sebulan terakhir tersebut?.. kalau mc, kelayakan kena tolak pada mc terakhir puan, so jika puan masih ada kelayakan mc semasa puan. puan kena reply dulu komen ni baru admin boleh comfirmkan..

  5. Salam,
    Isteri saya mengandung 23 minggu dan disebabkan beberapa komplikasi, bayi terpaksa dilahirkan segera. Malangnya, bayi gagal diselamatkan kerana berat hanya 450gram. Pihak hospital telah mengklasifikasikan kes ini sebagai “miscarriage” dan tidak mengeluarkan sijil lahir dan kematian.
    Isteri saya telah melalui “normal delivery process” dan masih lagi dlm waktu berpantang. Doktor hanya memberi cuti sakit selama 2 minggu.
    Jika menurut akta kerja 1955, 22 minggu mengandung sudah layak untuk maternity. Tpi adakah terpakai jika hanya pihak hospital mngeluar sijil beranak?
    Berbalik kepada kes isteri saya, adakah dia masih layak utk dapat cuti bersalin?

    1. Wsalam..
      Untuk kes isteri puan, sebagaimana cerita di atas, admin merasakan isteri tuan masih layak jika isteri tuan bekerja di semenanjung malaysia dan wilayah persekutuan labuan, kerana di dalam akta kerja memang ada disebutkan 22 minggu. Untuk lebih yakin lagi, tuan boleh hubungi pejabat tenaga kerja berdekatan dan boleh pergi ke sana dan minta nasihat dariapda pegawai kerana jika bersoal jawab di dalam komen ini takut ada apa-apa info yang tidak sampai. Boleh berlaku kekeliruan dan kesilapan dalam memberi jawapan

  6. Assalam admin …sya bersalin 29/9/2017 ..hari nie genap 38 hari sya berpantang ..tapi masalah sya majikan sya hanya ingin membayar sebulan gaji sahaja dengan alasan dia…padahal sya sudah bekerja hampir 7tahun dengan beliau …tapi hari nie sudah 5/11 majikan sya masih belum membyar gaji untuk bulan 10 tapi untuk pengthuan admin juga slepas shja sya bersalin majikan sya tidak bertanya khabar apa2 termasuk lah berkaitan cuti n gaji untuk tempoh cti bersalin ini…..
    Untuk pengetahuan admin juga..pada thun 2014 juga sya cti bersalin tp majikan sya hnya bayar untuk 1 bulan gaji shaja ..

    1. wssalam..
      Dalam kes kelayakkan elaun bersalin, perlu jelas jika puan mengikut syarat-syarat seperti di atas, majika wajib membayar elaun tersebut kepada puan, jika puan gagal memenuhi syarat kemungkinan majikan boleh tidak membayar apa-apa elaun.

      Jika segaja majikan tidak membayar elaun bersalin yang sepatutnya puan layak menerimanya, puan boleh mengemukan tuntutan di pejabat tenaga kerja yang berdekatan dengan puan, boleh search dekat atas ada ruang utk search, cari alamat pejabat tenaga kerja. Pergi ke sana dan buat tuntutan elaun bersalin ini untuk 2014 juga jika puan benar-benar layak.

  7. Aakah perbezaan “Rest Day” dan “Off Day”…?
    Mengapa berbeza sedangkan pekerja bekerja 13jam 30min++ 5hari seminggu..
    Mengapa pula perlu bekerja 5jam utk half day pay.. mengikut akta jika bekerja 4jam keatas sdh dikira gaji penuh sehari..

    1. Rest day dan Off day adalah sama. Di bawah artikel cuti bersalin ni takde sentuh soal rest day/off day.
      Encik boleh baca artikel sebelum ini, tajuk Cuti Rehat Mingguan dan Bayaran.. atau boleh lihat menu perincian undang² di atas dah pilih tajuk Cuti Rehat Mingguan untuk lebih memahami konsep bayaran bekerja pada hari rehat mingguan/rest day/off day. Perlu diingat, bayaran berbeza jika pekerja dibayar gaji bulanan/mingguan dan gaji harian/jam.

  8. salam admin..selepas bersalin apakah dokumen diperlukan untuk pastikan maternity leave pay berjalan??perlu attach surat kelahiran anak sekali semasa apply cuti..?atau sekadar mengisi borang permohonan dan surat dari hospital mengatakan saya bersalin saja???keliru

    1. Wsalam
      Dalam law xde sebut apa dokumen apa yg diperlu disertakan, yang itu polisi syarikat yang tentukan apa dokumen yang perlu pekerja sertakan jika ingin memohon cuti tersebut. Tanya majikan apa dokumen yang dia nak.

  9. Hi Admin,
    sekiranya sorg pekerja memberi 3 bulan notis berhenti semasa preggy 2mths dan akhir notis kandungan berusia 5mths. Adakah layak pekerja mendapat elaun bersalin apabila beliau bersalin kelak?

    1. Hi,
      Jika berhenti kerja tak dapat la. Jika berhenti kerja sebelum bersalin camna nak layak dapat elaun bersalin, walaupun memenuhi syarat di atas. Elaun bsalin khas untuk pekerja yg cuti bersalin dan law di buat elaun bsalin diberikan takut si ibu tiada wang untuk belanja dalam tempoh cuti tsbt.

  10. salam admin,
    saya mula bekerja pada 3/7/17. sehingga ke tarikh hari ini saya sudah bekerja selama 4bulan lebih(hampir 5bulan).tempoh percubaan saya adalah selama 6bulan (3/1/18). namun begitu saya telah disahkan mengandung 10minggu.apakah saya layak menerima gaji bulanan sekiranya pihak majikan tidak mahu mengesahkan tempoh percubaan saya sehingga bersalin?terima kasih

  11. Isteri saya telah bekerja di syarikat swasta selama 10 bulan…pada bulan lepas isteri saye bersalin…tapi syarikat berkenaan enggan bayar gaji cuti bersalin.dgn alasan sudah tanda tangan setuju.pekerja kurang satu tahun tidak layak dapat faedah gaji cuti bersalin semasa menerima permohonan kerja…adakah saye boleh buat tuntutan….sekadar bertanya

    1. Berdasarkan kepada ini, pekerja dah sign setuju syarat majikan, sepatutnya tidak timbul lagi soalan seperti ini. Tetapi jika menurut law, memang majikan salah. Tepuk dada tanya isteri awak jika nak tuntut juga pergi pejabat buruh tetapi nanti menjawab juga lah sebab janji yang tak ditepati adalah ciri ciri orang fasik. Nauzubillah..

  12. Aslam admin nak tanya…bolehkah apply cuti awal 10 hari awal dari tarikh due date….adkah boleh dimasukkan dalam kiraan 60 hari cuti bersalin..

    1. Wsalam
      cuti awal sebelum bersalin tidak dikira sebagai cuti bsalin. dah ada tulis dalam artikel atas. Kena ambik cuti tahunan atau cuti tanpa gaji.

  13. Sekadar bertanya, sekiranya wanita itu seorang pekerja yang bergaji hari dan masih belum ada surat pengesahan jawatan ingin memohon cuti bersalin, adakah wajar diberi cuti bersalin tanpa gaji?

    1. Berapa sudah puan bkerja? sebab jika puan ni pekerja, walaupun bgaji apa pun, puan tetap pekerja dan dikira wajib diberi cuti bersalin. Untuk pemberian elaun bsalin, jika puan memenuhi syarat di atas, puan tetap layak walaupun bgaji hari dan belum mengesahkan jawatan

  14. salam admin. Saya bakal melahirkan anak keenam pada tahun hadapan. persoalannya layak ke saya dapat elaun bersalin lagi. ini kerana saya hanya mula berkerja selepas kelahiran anak pertama. sebelum tu saya tidak berkerja.

    1. Wsalam, menurut undang2, memang tak layak dah jika dah mempunyai 6 org anak walaupun tidak bermula bkerja smsa kelahiran anak yg ptama.

    1. Dalam bajet 2018 mmg ada disebut perihal cuti bersalin dinaikan kepada 60hari kepada 90 hari. Sekarang ni tiada dokumen bttulis lagi, kita sedang tunggu arahan rasmi daripada kerajaan. Tunggu yer.. Kalau ada keluar nanti, admin akan buat satu artikel.

  15. As salam,,, saya adalah kaki tangan swasta,insyallah saya dijangka bersalin april 2018, adakah saya layak mendapat cuti 90 hari seperti mana dalam bajet 2018.

    Terima kasih ADMIN

    1. Wsalam, pihak kami sedang mnunggu kenyataan rasmi daripada kerajaan, dan kami akan buat satu artikel berkenaan cuti besalin yang baru ini.

  16. saya nak tanya…kalau mengikut akta…wanita bersalin layak mendapat cuti 60 hari…jadi selama cuti untuk 2 bulan tu..gaji berbayar atau cuma dapat elaun bersalin sahaja ??iaitu rm 6.00/hari…??mohon pencerahan

    1. Kalau puan memenuhi kelayakan seperti artikel di atas, puan layak dapat cuti besalin dan sekali dengan elaun bersalin. Senang kata, cuti gaji jalan la,.. Elaun bersalin dekat sini adalah gaji biasa yang puan dapat setiap bulan tu, kalau RM1000, banyak tu lah akan dapat. Majikan takleh kurangkan daripada jumlah tsbt, Mana mungkin sehari hanya RM6 majikan kasi. Kalau macam ni, buat saja report mmg puan akan dapat balik elaun tsbt.

  17. Hey Admin,
    Nak tanya .. Saya Skg sedang mgandung selama 8bulan.
    tetapi saya belum kerja slama 1tahun. dan semasa saya diterima kerja, saya baru tahu yg saya hamil selama 2bulan.

    Adakah saya memenuhi syarat dan layak mendapat cuti bersalin gaji berbayar?

    Memandangkan kalau Annual leave di company ini hanya akan dberi selepas 1tahun bekerja.

    thank you

    1. Hey cik amira,

      Jika diikutkan, cik amira layak jer dapat cuti bsalin dan elaun bsalin tsbt kerana masih lagi memenuhi syarat di atas. Pastikan masa hamil dlu tu ada bgtau majikan la. Jika tdk dia boleh argue. Tapi hanya bagi notis je lepas tu bagitau pasal hamil. Xde masalah pun.

  18. Salam admin… Misal kata orang yg tengah cuti bersalin hantar notis berhenti kerja pertengah bulan december. Notis berhenti kerja satu bulan kan. Jd bermakna dia akn berhenti kerja pada pertengahan bulan Januari kn. So layakkah dia dapat cuti tahunan tahun depan.

  19. Saya kurang faham dengan elaun bersalin? Bagaimanakah ia diaplikasikan? Sebab saya suda 2x mengambil cuti bersalin namun tiada mengetahui mengenai elaun bersalin ini. Tolong jelaskan!

    Terima kasih!

    1. Elaun bersalin adalah gaji semasa cuti bersalin. Senang cerita, cuti bersalin tapi gaji tetap dapat setiap bulan. Itu adalah elaun bersalin. (elaun bersalin ni ayat dalam law)

      Jika puan mmg tak dapat elaun/gaji masa bersalin ni, perlu report kat pejabat tenaga kerja berdekatan, jika betul puan layak sebagaimana artikel di atas, majikan akan diarahkan oleh pegawai utk bayar balik tunggakan tsbt.

  20. Salam admin, bajet 2018 mengatakan cuti mandatori bagi wanita bersalin dilanjutkan ke 90 hari.. bagaimana pula dengan gaji? Adakah gaji juga dibayar untuk tempoh 90 hari atau 60 hari sahaja seperti yang tertakluk dalam artikel di atas?

  21. admin nak tanya..cuti 90 hari swasta belim d wartakan lg kan …kalau mcm tu majikan still guna akta bersalin cuti swasta 60 hari tu kan…

    1. Ya betul, tapi rasanya kalau kerajaan dan umum nanti mmg start 1.1.18 kot. Tapi lihat la camna.. admin pun akan update artikel baru untuk jumlah cuti bsalin ini.

  22. Soalan saya :

    1) Dimanakah saya boleh mendapatkan pekeliling cuti bersalin pada tahun 2018 yang mengatakan pekerja swasta layak mendapat cuti bersalin 90 hari ?
    2) Adakah akta yang mengatakan wanita yang masih dalam cuti bersalin menggantikan cutinya dengan notis berhenti masih diterima pakai lagi ? Jika ya , apakah nama akta/seksyen ?

    1. 1. Cuti bersalin 90 hari masih dibahaskan diperingkat atasan, kami juga masih menunggu pengumuman rasmi kerajaan berkaitan isu ini. Didibagitahu sebelum ini hanya dalam bajet, jika semua kabinet setuju dilaksanakan, akan diumumkan kemudian.

      2. Dalam akta x sebut secara khusus berkaitan notis dalam cuti bersalin, cuma dalam akta tersebut, rujuk artikel atas, ada sediakan seksyen apa, mengatakan majikan tak boleh menggunakan cuti tersebut untuk memberhentikan pekerja kerana cuti tersebut adalah hak istimewa org ppuan yg bsalin itu, jadi cuti tsbt adalah khas dan wajib diberi oleh majikan. Cuti tsbt kepunyaan pekerja itu, jadi utk dia gunakan sebagai apa-apa sekalipun adalah tidak salah termasuk menggunakan ia sebagai notis berhenti kerja.

  23. Hai Admin,
    Due date saya 2.2.2018.. Saya bercadang ingin mengambil cuti pada 30.1.2018, saya bekerja di swasta dan saya bekerja 5 hari seminggu means sabtu ahad cuti..
    1) So untuk kiraan 60 hari adakah termasuk cuti sabtu ahad atau saya hanya perlu kira isnin hingga jumaat sahaja??Mohon pencerahan.
    Terima kasih

  24. hai admin,

    nak tanya, misal kata pekerja dah bersalin dan dah habis cuti bersalin 60hari untuk tahun 2018, kiranya MC untuk tahun 2018 juga sudah tidak boleh ambik ke selepas dia masuk kerja selepas 60 hari tu?

    1. cuti bersalin dan cuti sakit tidak sama. So dia masih layak untuk cuti sakit walapun sudah ambil cuti bersalin kerana cuti bersalin dan cuti sakit adalah dua seksyen berbeza di dalam akta kerja 1955

  25. Hi sy nak tanya . Kalau kandungan kita baru masuk 3bulan . Dan diberhentikan kerana syarikat muflis . Adakah sy boleh menuntut pampasan dibayar 2bulan mengikut cuti 60hari tu ?

    1. Hi, untuk cuti bersalin tu hanya untuk bersalin jer, kalau belum bersalin camna nak tuntut. Kalau ada pemberhentian berlaku dengan apa jua alasan, boleh menuntut notis dan faedah penamatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *