Cuti Sakit Berbayar Menurut Undang-Undang Buruh

Cuti Sakit Berbayar Menurut Undang-Undang Buruh | Cuti sakit yang berbayar atau tidak ditolak gaji juga layak dinikmati setelah pekerja itu mendapat MC atau Sijil Sakit daripada Pengamal Perubatan* yang berdaftar selain daripada hari rehat, cuti hari kelepasan am dan cuti tahunan. Menurut Seksyen 60F Akta Kerja 1955, Seksyen 104E Ordinan Buruh Sabah Bab.67 dan Seksyen 105E Ordinan Buruh Sarawak Bab.76,  seseorang pekerja berhak mendapat cuti sakit berbayar apabila memenuhi syarat-syarat di bawah:-

(a) pemeriksaan dilakukan oleh pengamal perubatan berdaftar yang dilantik sempurna oleh majikan; atau

(b) jika tiada pengamal perubatan sedemikian atau dalam keadaan tertentu ia tidak didapati pada masa dan jarak yang munasabah, maka boleh diperiksa oleh pengamal perubatan lain ; atau

[Seksyen 60F (1A)] pemeriksaan oleh doktor gigi sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pergigian 1971;

rumusan untuk (a) di atas ialah klinik panel yang dilantik majikan. Biasanya majikan akan memilih beberapa klinik panel yang akan menjadi tempat pekerjanya mendapatkan rawatan. Kebiasaanya lokasi klinik ini berdekatan dengan tempat pekerjaan. Oleh itu, untuk (b) itu, jika pekerja itu berada di tempat yang jauh, memerlukan dia untuk mendapatkan rawatan dekat klinik lain, juga boleh diterima kerana jarak yang jauh.

Berapakah Jumlah Cuti Sakit Ini?

Menurut Seksyen 60F (1) (aa) Akta Kerja 1955, Seksyen 104E (1) (aa) Ordinan Buruh Sabah Bab.67 dan Seksyen 105E (1) (aa) Ordinan Buruh Sarawak Bab.76 :

(i) 14 hari kesemuanya setiap tahun kelendar jika pekerja telah bekerja kurang dari dua tahun;

(ii) 18 hari kesemuanya setiap tahun kelendar jika pekerja telah bekerja untuk dua tahun atau lebih tetapi kurang dari lima tahun;

(ii) 22 hari kesemuanya setiap tahun kelendar jika pekerja telah bekerja untuk lima tahun atau lebih;

Hospitalisasi

Jika terdapat hospitalisasi (pekerja dimasukkan ke dalam hospital bagi menerima rawatan), maka jumlah cuti sakit hendaklah 60 hari kesemuanya pada satu tahun kalendar.

Dengan syarat jumlah bilangan cuti sakit berbayar dalam satu tahun kalendar dimana seseorang pekerja berhak di bawah seksyen ini tidak boleh melebihi 60 hari keseluruhannya.

Bilakah Pekerja Layak Dapat?

Pekerja layak mendapat cuti sakit ini serta merta ketika dia memasukki suatu kontrak perkhidmatan atau bahasa mudah, masuk kerja terus layak jika esoknya mendapat Cuti Sakit daripada Perubatan Berdaftar. Ianya berbeza dengan Cuti Tahunan yang memerlukan pekerja itu genap 1 tahun perkhidmatan untuk melayakkanya mendapat cuti itu.

Siapakah Yang Tidak Layak Mendapat Cuti Sakit Berbayar?

Di bawah Seksyen 60F (2) (a), (b) Akta Kerja 1955, Seksyen 104E (3) (a) (b) Ordinan Buruh Sabah Bab.67 dan Seksyen 105E (3) (a) (b) Ordinan Buruh Sarawak Bab.76, :

  • jika pekerja itu tidak mendapat atau tidak disahkan sakit oleh pengamal perubatan berdaftar  yang pekerja ini betul-betul layak mendapat cuti sakit sebagaimana di subseksyen di atas, (Cth: disahkan oleh bomoh, pawang, tabib dll yang pekerja ini sakit, so tidak boleh)
  • pekerja yang disahkan sakit oleh pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan** atau doktor pergigian, tetapi tidak melaporkan atau memberitahu kepada majikannya dalam masa 48 jam daripada cuti sakit itu bermula. (Jika gagal memberitahu majikan pun dianggap tidak layak dan cuti itu bukan dianggap cuti sakit tetapi cuti tahunan atau cuti tanpa gaji)

 

Tafsiran : 

* “pengamal perubatan” – ertinya pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971

** “pegawai perubatan” – ertinya pengamal perubatan berdaftar yang diambil bekerja dalam bidang-tugas perubatan oleh Kerajaan Persekutuan atau oleh Kerajaan Negeri.

Jika ada soalan tentang cuti sakit berbayar ini, bolehlah kemukakan di ruangan komen di bawah, admin akan respon sepantas kilat, hehe.. Macam biasa, jika anda menyukai artikel ini, anda bolehlah share melalui button share yang ada di bawah. Terima kasih. – wikikau.com

64 Replies to “Cuti Sakit Berbayar Menurut Undang-Undang Buruh”

  1. Assalam..macam mana pula kalau dalam setahun pekrja tersebut hanya ada beberapa hari sahaja MC (bekerja 2tahun),baki daripada peruntukan MC tu boleh di claim atau dikira macam mana?

  2. Jika pekerja bekrja secara kontrak, bolehkah dia ambil cuti sakit berbayar melalui klinik swasta, bkn kjaan? sbb kebanyakan pekerja hndk cuti tp gaji akn dipotong sbb blm setahun bekerja..jalan pintas diorang pergi klinik swasta sbb sng dpt mc.

    1. Perlu diingatkan. semua kemudahan atau faedah cuti adalah layak untuk semua pekerja, tetapi ada syaratnya.. Untuk cuti sakit berbayar, semua pekerja layak walaupun secara kontrak. Jadinya, jika pekerja tersebut bekerja, walaupun baru masuk hari ini, esok dia dah boleh terus dapat cuti sakit jika ada mc daripada perubatan berdaftar, takde sebut doktor atau daripada klinik atau hospital kerajaan sahaja. Klinik swasta pun boleh jika doktor tersebut adalah doktor berdaftar. Jika majikan mengelak daripada membayar cuti sakit tersbt, ck boleh buat aduan atau kes buruh di PTK berdekatan. Harap menjawab soalan

  3. Jika saya dimasukkan hospital 2 bulan awal sebelum tarikh bersalin kerana masalah yang berkaitan mengandung, cuti 2 bulan itu bolehkah dianggap cuti hospitalisasi?

  4. Salam,

    Saya nak tanya sekiranya pekerja diber Mc selama 3 bulan selepas discharges dari hospital , adakan perlu dikira jumlah 60 hari juga ke? atau tolak sahaja jumlah cuti sakit berbayar dan selebihnya cuti tanpa gaji?

  5. Wsalam..60 hari hanya warded sahaja. Jika sudah dibenarkan pulang mc yang diberikan ketika dirumah perlu dikira dengan jumlah cuti sakit yang biasa tersebut, Dan sememangnya yang lebihan itu adalah cuti tanpa gaji. Jika pesakit itu mendapat kemalangan atau yang berada di bawah tanggungan socso atau perkeso, cuti yang pekerja itu dapat akan dibayar oleh perkeso. Majikan perlu refer kepada perkeso untuk bertanyakan status pekerja yang terpaksa bercuti panjang kerana hilang upaya sementara adakah layak atau tidak mendapat pampasan daripada perkeso.

    1. Saya wardded selama seminggu sahaja kerana menjalani pembedahan. setelah itu saya dibenarkan pulang ke rumah. tetapi doktor memberikan MC selama 3 bulan.
      1) adakah mc saya selepas seminggu itu dikira sebagai MC biasa? sedangkan saya baru sahaja menjalani pembedahan.
      2) doktor pakar mengarahkan saya recovery dari rumah untuk tempoh 3 bulan. adakah tidak boleh dianggap sebagai MC hospital? seterusnya melayakkan saya mendapat gaji berbayar.
      3) boleh kan saya mendapatkan medical report untuk melayakkan saya mendapat MC hospital? seterusnya melayakkan saya mendapat gaji berbayar?

      1. Untuk makluman, cuti sakit ini hanya ada berbelas hari sahaja yang layak, untuk yg kerja 5 thn ke atas baru 22 hari layak. Kes puan ini, yang 3 bulan tsbt, mmg tak dapat buat apa, mmg majikan boleh tak bayar gaji sbb cik mmg tak bekerja kerana cuti mc yang lama. So sebab itu, majikan wajib carum socso (perkeso) untuk melindungi atau medapat pampasan ketika mana cuti sakit sudah tidak dapat melindungi cik lagi (sudah habis sng cerita..) So, dalam tempoh selepas cuti sakit puan habis tu, perkeso sepatutnya yang bayar gaji puan, bukan majikan lagi,,, harap jelas

  6. Assalamualaikum..
    Saya nak tanya..jika pekerja mendapat cuti sakit pada hari kelepasan am..adakah cuti sakit tersebut boleh di ganti/claim pada hari waktu bekerja yang lain.

  7. salam
    Berapa hari pekerja dikira layak mendapatkan MC ssekiranya dia tidak cukup setahun tempoh bekerja. contoh, kerja bulan 9, bulan 10 dia mc 5 hari. layak dapat penuh 14 hari atau dikira secara prorata?

    terima kasih

    1. Wsalam
      Cuti sakit layak dapat selepas baru shaja pekerja itu mula kerja, jika cuti sakit dia terus dapat 14 hari selepas mula kerja, dia layak. Bukan dikira prorata.

    1. Hi,

      Tidak boleh kerana menurut law, majian WAJIB kasi jumlah cuti sakit sebagaimana undang2, jika majikan ingkar, sebagai pekerja kena pergi report dekat pejabat buruh berdekatan, dan butiran pengadu akan dirahsiakan. Pegawai buruh akan pergi siasat jika aduan berasas akan minta majikan perbetulkan dan bayar semula gaji yang ditolak itu

  8. Bagaimana pula jika seseorang itu cuti sakit akibat kemalangan serius semasa bekerja (dalam tempoh percubaan) dan di paksa oleh pihak majikan untuk membuat surat perletakan jawatan

    1. Majikan tidak boleh memaksa pekerja berhenti kerja. Jika dia nak berhentikan pekerja, just bayar notis dan gaji tertunggak sahaja kerana pekerja yang kerja xsampai setahun xlayak utk dapat faedah penamatan dan cuti tahunan.

  9. Assalamualaikum..
    Adik Saya diagnosed etopic.. baby 6week.. lepas operation diberi cuti 6 minggu. Adakah mc itu berbayar? Danndikira seperti cuti hopitalization 60days?

    1. Wsalam
      Kalau duduk di hospital selepas operation, boleh tolak dengan cuti hospitalisasi 60 hari, jika rehat dirumah kena tolak dengan kelayakan cuti sakit semasa adik puan itu

  10. as salam . .

    Saya nak tanya,bolehkah 1 syarikat tak benarkan pekerja mengambil mc?contohnya,tak boleh ambil mc tapi diberikan penambahan elaun.

    1. Wsalam..

      Jika sakit macam mana nak kerja, mc di ambil sbb dah xleh kerja kerana sakit, majikan ni dah kenapa.. aduiii pening jugak admin pikir ni.. huhu.. jika pekerja setuju mcm tu boleh, tapi jika pekerja mmg tpksa ambil mc sbb xleh kerja, mmg bleh ambik mc.. jika majikan halang, report pejabat buruh

  11. Askum. Saya baru bekerja dan belum confirm lagi. Saya telah dimasukan ke hospital lebih kurang 60 hari. Soalan saya bolehkah majikan nemberhentikan saya atau tidak membayar gaji saya semasa saya di hospital atas alasan saya baru bekerja dan belum confirm lagi.

    1. Wsalam. Jika ada dalam surat perjanjian atau kontrak perkhidmatan tulis lagu tu, mmg boleh bhentikan. Kalau tiada, salah majikan buat sedemikian. Boleh report ke Pejabat Buruh berdekatan

  12. Jika saya dimasukan ke wad selama 1 hari dan pulang pada keesokan hari berserta dgn cuti m/c selama seminggu ada kah cuti itu dikira hospitalization…

  13. Salam. Baru2 ini saya ada menghadiri satu training on.Employment Act 1955. Saya ada diberitahu bahawa jika pekerja telah dihopsitalisasi selama 5 hari, dan doktor membenarkan beliau pulang dan berehat.di rmh. Cuti tersebut.diklasifikasi sebagai hospitalized dan ditolak dari cuti hospital dan bukan cuti tahunan. Boleh berikan komen tuan?
    Terima kasih.

    1. Wsalam, jika ada pengesahan dariapda doktor bahawa itu adalah cuti hospitalisasi, boleh tolak dengan cuti 60 hari tsbt. Jiak bukan, mc itu perlu ditolak dengan cuti sakit bukan cuti tahunan

    1. Wsalam, sangat berbeza..

      Emergency Leave tiada dalam law, jika berlaku perkara bergini, pekerja perlu ambil cuti tahunan jika bukan melibatkan sakit. Jika melibatkan sakit seperti demam atau sbgainya, boleh ke klinik utk ambil MC. Jika melibatkan perkara lain, pekerja perlu mohon cuti EL ini dan ditolak cuti tahunannya.

      MC adalah cuti sakit yang melayakkan pekerja mengambil cuti tsbt jika sakit dan perlulah diiktiraf oleh pegawai perubatan yang berdaftar.

  14. Salam. Saya bekerja di sektor swasta (yg tidak dilindungi akta buruh). Adakah syarat dalam offer/confirmation letter menjadi garis panduan mutlak? Kerana syarikat saya tidak menerima dental leave certificate as MC spt yg termaktub dlm company’s employee handbook of benefit. Mohon pencerahan.

    1. Wsalam

      Jika tidak dilindungi, polisi yang perlu diikuti adalah 100% berdasarkan dengan perjanjian dengan majikan iaitu offer/confirmation letter atau handbook of benefit, jika mmg tidak diterima dental leave sbgai MC mmg tak leh la.. kena ikut perjanjian dgn majikan.

  15. Hai
    Kalau seorang pekerja telah ambil cuti sakit yang diberi 14hari dalam setahun tetapi telah mengambil mc lagi 1hari. Maka 1hari tersebut tolak gaji atau tidak boleh perlu buat apa-apa terhadap gaji dia?

    Pihak majikan saya telah menolak gaji beliau 1hari tersebut? Boleh bagi pendapat?

    1. Hai,

      Jika mengambil cuti melebihi ketetapan undang2 yang telah disedikan, maka majikan boleh mengandaikan cuti yang diambil mana-mana pekerja selepas habis cuti sakit kelayakkan pekerja itu, maka ia boleh ditolak dengan cuti tahunan, jika pekerja itu tidak mahu menolak cuti tahunan maka boleh menganggap cuti tersebut sebagai cuti tanpa gaji dimana majikan boleh menolak gaji pekerja tsbt.

  16. salam..kaki saya patah dan doctor bagi mc 6mingu untuk berehat sehingga kaki saya pulih…adakah gaji saya dibayar atau cuti tanpa gaji…

    1. Wsalam..

      Cuti sakit hanya dikira untuk kelayakkan sahaja, untuk selebihnya, perkeso akan membayarnya jika tuan layak. (jika kaki patah tsbt adalah blku kerana kerja tuan, pergi atau balik kerja).

      Jika layak tetapi majikan tak mencarum socso, maka majikan perlu menanggungnya, yakni membayar pampasan pada hari yang tidak hadir bkerja

      Jika tidak layak mendapat pampasan perkeso (socso) maka cuti selebihnya adalah cuti tanpa gaji.

  17. Saya nak tanya ada kah patut majikan mempersoalkan tentang mc sedangkan cuti sakit saya baru je 12 hari dan hospitalize untuk 6 days?

    1. Majikan boelh mempersoalkan, tapi jika meragui dan tidak menerima mc yang diberikan, gaji ditolak itu baru tak boleh. Kalau dia pertikaikan, suruh dia sendiri call doktor kalau tak percaya, habis cerita. Dia tak boleh pikir dia tahu semua, doktor ada kepakaran dia..

  18. Sekiranya kite dapat mc. Tetapi bos mengurangkn kadar bonus tahun depan atas alasan mengambil banyak cuti. Bolehkah kite membuat aduan?

    1. Pemberian bonus tiada dalam undang-undang, kalau majikan kasi bonus tiap tahun, itu lebih baik untuk pekerja. Jika dia tak bagi pun tak mengapa jika tidak ada dalam kontrak perkhidmatan. Oleh itu, jika majikan menetapkan polisi sebegitu, tidak menjadi kesalahan terhadap majikan tersebut.

  19. Hello, macam mana dengan pesakit kanser yang memerlukan tempoh rawatan yang lama sehinggakan ada yang sampai satu tahun. Adakah mereka layak mendapat cuti bergaji atau tidak?

    1. hello hai.. Jika berpandukan pada undang2 buruh yg diguna pakai, penyakit lama seperti itu tetap tidak dapat melindungi pekerja. Maka cuti yang diambil itu adalah cuti tanpa gaji. Itulah penting perlindungan insurans.

  20. Majikan tidak terima MC drod klinik dan hospital lain selain klinik panel. Klinik panel tersebut pula jauh, dan plg best pekerja kna bayar duit sdri dulu utk dptkn Rawatan. Majikan boleh buat sebegini?

    1. Jika ini memang ada dalam kontrak perjanjian bertulis semasa tuan masuk bekerja dahulu maka ia tidak menjadi kesalahan kerana tuan bersetuju dengan polisi ini, jika tidak ada majikan dikira telah melakukan kslhn

  21. saya masuk hospital disebabkn ada abcess selama 7 hari, saya minta cuti atas hospitalisation, tapi pihak HR bagitahu saya xtidak boleh apply dalam hospitalisation sebab tiada operation atau prolonged illness. jadi dia minta saya minta cuti under cuti sakit, betul ke macam ni ?
    pihak HR juga ada inform yang jika sakit demam denggi masuk hospital duduk dalam wad pon masih under mc bukan under hospitalisation.
    betul ke ?

    1. Salah,, sakit apa2 jer pun kalau kena tahan kat ward wajib dkira sebagai cuti hospitalisasi. kalau sakit yang mc lama yg tak kena tahan dekat ward pun boleh dikira cuti hospitalisasi dengan syarat2 tertentu

  22. Hospitalisasi bermaksud 60 utk sekali rawatan atau mengikut jumlah pekerja di tahan di hospital…Contohnya…dalam setahun…pekerja itu masuk wad pd Jan 30 hari July 15 hari Dec 16 hari…….

    Jika mengikut contoh di atas : total hari pekerja itu ditaha di hosptal adalah 61 hari.ermakna lebihan 1 ari dikira MC ( sekiranya masih ada baki mc ) atau AL ( jika masih ada cuti )?

    Mohon pencerahan

    1. 60 hospitalisasi adalah utk setahun kalender.. Ianya termasuk cuti sakit biasa. Jika ambil lebihan 61 hari, maka 1 hari boleh ditolak AL atau cuti tanpa gaji sehari tsbt.

  23. Bagaimana dengan kiraan gaji untuk Pekerja Swasta yang telah mendapat MC lebih dari 14 hari (total 46 Hari @ 6 minggu) dari Klinik / Hospital Kerajaan disebabkan oleh penyakit TIBI? adakah masih layak untuk mendapat gaji penuh atau hanya dikira berdasarkan berapa hari Cuti Rehat (Off Day) + PH + 14 Hari MC, selebihnya dikira Cuti Tanpa Gaji?

    1. Jika penyakit TB, ianya perlu di kira dengan cuti Hospitalisasi sebanyak 60 hari termasuk cuti sakit biasa yang mengikut kelayakkan pekerja iaitu samada 14, 18 atau 22 hari.

    1. Dalam undang2 sepatutnya tunjuk mc dah mencukupi, tapi kalau majikan nak tengok bil apa salahnya jika benar2 mc tu diambil di mana2 tetapi dengan pegawai perubatan berdaftar. So takde masalah majikan buat cmtu. Tapi dengan xde bil,majikan xnak terima mc tu tak boleh la.

  24. saya masuk hospital pada 7/12/2017 sehingga 09/12/2017 so tiga hari tu di kira hospitalization leave betul?
    soalan saya di sini doc bagi saya mc dari 7/12/2017 sehingga 22/12/2017, selepas itu doc sambung lagi mc saya dari 23/12/2017 sehingga 07/01/2018. HR saya baru beritahu yang MC saya tu termasuk sekali hari cuti rehat iaitu sabtu dan ahad dan MC termasuk public holiday. betul ke begitu?

    1. Ya btul, cuti ini adalah cuti panjang hospitalisasi 60 hari, jika lebih ianya adalah termasuk dengan kelayakkan cuti sakit biasa iaitu 14, 18 dan 22

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *