Pengiraan Gaji Ganti Notis atau Jumlah Notis yang boleh dituntut Jika Pemberhentian Berlaku Tanpa Notis

Pengiraan Gaji Ganti Notis atau Jumlah Notis yang boleh dituntut Jika Pemberhentian Berlaku Tanpa Notis | Artikel sebelum ini sudah diterangkan tentang jumlah notis atau tempoh notis yang perlu di berikan kepada mana-mana pihak majikan mahupun pekerja jika ada pemberhentian berlaku.

Jika mana-mana pihak gagal berbuat demikian, Gaji Ganti Notis boleh dituntut terus terhadap majikan atau ke Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan dengan tempat pekerjaan anda. Untuk Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sarawak Bab.76 adalah Gaji Ganti Notis ini terletak di bawah peruntukan  Seksyen 13 manakala Ordinan Buruh Sabah Bab.67 di bawah Seksyen 12.

Di bawah sekali lagi admin akan kongsikan contoh kepada anda untuk lebih memahami konsep Gaji Ganti Notis.

Rujuk : Tempoh Notis yang perlu diberikan kepada Majikan/Pekerja

 

Contoh 1: Adeif telah diberhentikan majikannya pada bulan Mac dengan alasan majikan ingin mengecilkan perniagaan. Adeif telah bekerja disana kurang daripada setahun. Gajinya adalah sebanyak RM1200 sebulan.

Pengiraan Gaji Ganti Notis adalah seperti berikut:

RM1200 / 31 (jumlah hr dlm bln mac) = RM38.70
RM38.70 X 28 (klyakkan 4 minggu notis) = RM1,083.87
Jumlah yang boleh dituntut sebagai Gaji Ganti Notis = RM1,083.87

 

Contoh 2: Ziyad telah bekerja dengan majikannya selama 2 tahun. Majikannya telah memberhentikan dia pada pertengahan bulan April dan diberikan notis selama 1 minggu sahaja tetapi berdasarkan Kontrak Perkhidmatan, dia layak menerima 1 bulan notis untuk pemberhentian kerja. Gaji beliau sebanyak RM1500 sebulan.

Pengiraan Gaji Ganti Notis adalah seperti berikut:

RM1500 / 30 (jumlah hr dlm bln april) = RM50/sehari
RM50 X 7 (1 minggu notis drpd majikan) = RM350.00
RM1500 (gaji sebulan) – RM350.00 (jumlah notis yg tlh diberikan) = RM1,150.00
Jumlah yang boleh dituntut sebagai Gaji Ganti Notis = RM1,150.00

 

Contoh 3: Rosliza telah berhenti kerja 24 jam selepas mengambil gaji daripada majikannya. Rosliza telah bekerja selama 3 tahun. Mengikut kontrak perkhidmatan, beliau seharusnya memberi 2 bulan notis kepada majikannya jika hendak berhenti kerja. Gaji Rosliza berjumlah RM1800 sebulan.

Dalam kes di atas, pekerja yang salah kerana gagal memberi notis berhenti kerja kepada majikannya. Oleh itu, majikannya berhak menuntut 2 bulan notis terus daripada pekerja atau melalui Pejabat Tenaga Kerja berhampiran dengan tempat pekerjaan majikan.

Pengiraan Gaji Ganti Notis adalah seperti berikut:

RM1,800 X 2 (2 bln notis) = RM3, 600.00
Jumlah yang boleh dituntut sebagai Gaji Ganti Notis = RM3, 600.00

Admin: Jika kurang jelas dengan Ganti Ganti Notis ini, anda bolehlah mengemukakan soalan diruangan komen di bawah. Terima kasih. – wikikau.com

35 Replies to “Pengiraan Gaji Ganti Notis atau Jumlah Notis yang boleh dituntut Jika Pemberhentian Berlaku Tanpa Notis”

  1. Assalamualaikum,

    Saya wakil majikan nak beri 2 bulan ganti notis. Gaji pokok pekerja adalah RM1,000. Sudah 2 tahun lebih dia bekerja. Bagaimana pengiraan ganti gaji notis?
    tq

    1. Waalaikummusalam,

      Kalau pekerja dah kerja lebih dua tahun. Notis yang perlu diberikan adalah sebanyak 6 minggu atau 42 hari. Jika dan berhentikan 24 jam, majikan harus membayar gaji ganti notis berjumlah 42 hari gaji. Pengiraan seperti di bawah:

      RM1000 / (jumlah hari utk bulan penamatan) X 42 hari = (GAJI GANTI NOTIS)

      Admin kasi contoh penamatn akan berlaku pada bulan November. jumlah hari dalam bulan November adalah 30 hari. Jadi,

      RM1,000 / 30 X 42 = RM1,400.00 sahaja untuk gaji ganti notis.

  2. jika sy mahu berhenti kerja kontrak bdan berkanun 24 jam…gji pokok rm1600…ganti notis sebulan…berapa sy perlu bayar??? adakah pengiraan hnya pada basic atau termasuk elaun?

    1. Kalau kontrak badan berkanun, perlu rujuk pada kontrak perjanjian yang tuan tandatangan sebelum ini. Ini kerana sektor kerajaan dan badan berkanun tidak dilindungi oleh Akta Kerja atau Ordinan (akta atau ordinan tidak terpakai utk 2 sektor ini). Perlu rujuk perjanjian kontrak tuan atau rujuk kepada orang atasan tuan berhubung perkara ini.

  3. Assalamualaikum..
    Suami sy diberhentikan kerja tanpa notis pada Jan 2017.Suami bekerja di kilang tersebut selama 8 tahun sejak 2009.
    Boleh admin terangkan pengiraan pampasan gaji macam mana?
    Gaji suami sy rm2740 sebulan.

    Terima kasih admin..
    Mohon respon.

  4. selamat petang.. saya ingin bertanya,… sekiranya pekerja memberitahu ingin bercuti pada hari ini dengan alasan perlu bekerja di tempat lain. pihak pengurusan tidak membenarkan dia bercuti. tetapi dia bercuti jugak…kemudian selepas 2 hari dia tidak hadir, dia ada mesej kepada pihak pengurusan untuk berhenti.. selepas 2 hari kemudian, dia menghantar surat perletakan jawatan melalui melalui email dan tarikh surat adalah pada tarikh hari pertama dia bercuti..

    Apakah langkah yang boleh pihak syarikat buat?
    Boleh kah sekiranya pihak syarikat tidak membayar gaji beliau?

  5. Assalamualaikum.

    Sekiranya majikan memberhentikan pekerja yang berkhidmat kurang dari 1 tahun disebabkan kelakuan pekerja tersebut selalu menimbulkan masalah kepada syarikat bagaimana pula? Sebanyak 2 kali amaran secara lisan telah diberikan beserta saksi bagi tujuan tersebut. Terdapat banyak lagi nasihat serta amaran yang diberikan oleh majikan tanpa saksi. Namun pekerja tersebut masih tidak berubah. Walaupun begitu, pihak syarikat ada memberikan gantirugi 1 bulan gaji di atas penamatan khidmat pekerja tersebut. Adakah pihak majikan bersalah di dalam perkara ini?

    1. Wsalam

      Jika pemberhentian kerja berlaku dengan baik atau mengikut undang2 seperti memberi notis atau membayar gaji ganti notis, tiada masalah sudah. Jika ada bagi gantirugi 1 bulan lagi, itu lagi baik.

      Tapi pastikan bagi notis sebulan dan gantirugi sebulan. kerana notis adalah perkara berbeza

        1. Jika ada perjanjian bertulis mengatakan hanya seminggu perlu diberi, so ikut pada perjanjian tsbt, jika tiada, br boleh rujuk akta kerja atau ordinan, Bayaran gaji ganti notis sebagaimana di bawah:

          – Kurang dari 2 tahun kerja = 4 minggu notis (gaji 28 hari)
          – 2 – 5 tahun kerja = 6 minggu notis (gaji 42 hari)
          – 5 tahun ke atas = 8 minggu notis (gaji 56 hari)

  6. Saya telah bekerja dengan sebuah company selama 11 bulan.. selepas 3 bulan percubaan, saya telah menandatangani kontrak selama 2 tahun di dalam kontrak tersebut menyatakan sekiranya saya melanggar kontrak itu saya kena bayar rm2000 kepada company tersebut. boleh kah sekiranya saya hendak berhenti walaupun masih terikat dengan kontrak tersebut?

  7. Salam, sy wakil majikan. Jika notis 24 jam, gaji 2000, elaun 100. Notis sebulan. Berapakah pekerja perlu bayar kepada majikan? Dan baki cuti pekerja ada lagi 2 hari. Dan pekerja tidak mengambil gaji pada bulan itu.

    1. Wsalam

      Jika pekerja berhenti kerja dengan 1 bulan perlu di kasi tetapi pekerja tlh bagi notis 24 jam, pekerja perlu bagi full amaun tsbt. Jika masih ada 2 hari cuti tahunan, boleh tolak.

      Cara kira:

      Nak cari jumlah gaji sehari pekerja tsbt, perlu bahagi RM2100/26 = RM80.77

      Jadi 2 hari cuti tahunan berbaki = RM 80.77 X 2 = RM161.54

      Jumlah notis pekerja perlu bayar adalah = RM2100 – 161.54 = RM1,938.46#

  8. hai, sye wakil majikan, mcm mana kalau pkerja dh bg notis seminggu awal tapi lepas bg notis tu dia hnye dtg sehari, lagi 4 hari dia cuti, kerja x smpai sebulan, kiraan gaji mcm mana atau x perlu byr gaji

    1. Hai,

      Dalam kes ini, pekerja sepatutnya habiskan kerja seminggu utk notis dia, dan akan dapat gaji untuk seminggu itu jika dalam bulan yang baru, atau jika di kasi notis dalam 23 or 24 haibulan, dia akan dapat gaji penuh untuk bulan tsbt, tapi dia hanya datang kerja sehari saja selepas kasi notis seminggu orite? Admin cuma tak jelas tarikh notis dia kasi, jika cik sertakan senang admin nak terangkan.

      So dalam kes ini, admin boleh simpulkan bahawa, jika pekerja bagi notis pada 24 Disember sebagai contoh, untuk smpai 31hbln ada 7 hari sebagai notis, tapi bila bagi notis, dia hanya dapat pada 24 disember jer, lepas tu terus tak datang jadi majikan boleh tolak gaji seminggu dia tu, jadi gaji dari 1hbln sehingga 23 hbln kena bayar la..

      Situasi kedua, Jika dia bagi notis pada 1hbln utk habiskan notis dia kena kerja sampai 7 hbln, jelas? Jika dia hanya dapat 1hbln, lagi 6 hari tak dapat, tak perlu bayar apa-apa semasa notis itu malahan majikan boleh tuntut notis selama 6 hari kerana kegagalan dia tak datang kerja

      1. Kalau pekerja hantar notis berenti kerja ke supv. Dihari yg sama hr panggil tuk tandatangani pemberhentian kerja karena kes salah laku. Bila Tanya kat . hr kATA tak terima lagi notis tu Dari production. Yang mana yg akan di pilih oleh payroll??..not is mana yg berlaku

  9. Assalamualaikum,

    Sekiranya majikan ingin mengurangkan kos sykt dengan memberhentikan pekerja yang telah berkhidmat secara kontrak ( yearly contract ) selama 12tahun dengan mengeluarkan notis sebulan, adakah syarikat akan dikenakan tindakan dan adakah perlu membayar gaji ganti notis? Bagaimana kiraannya?

    1. Waalaikummussalam..

      Jika majikan sudah memberi notis sebelum itu selama sebulan, maka majikan telah memberikan hak kepada pekerja dan tidak menjadi kesalahan kepada majikan.

  10. Selamat Pagi, saya wakil majikan..bagaimanakah kiraan sekiranya majikan terminate pekerja 24jam kepada pekerja ladang(pekerja asing) yang telah berkhidmat 07 tahun dan gaji adalah RM 2,000.00..Terima Kasih….

  11. jika seorang pekerja kena gaji ganti.. dia harus membayar kepada company.. tapi dia tidak bayar.. apakah pekerja tersebut akan di kena kan apa apa tindakan?

    1. Wajib bayar jika mengikut undang2 dan majikan boleh membawa kes ini sampai ke peringkat mahkamah majestret. Kalau majikan baik, kamu bernasib baik la.. jika tidak…. 🙂

  12. Hai.. Saya nk berhenti 24 jam.. Tp bg surat dulu.. Aggreement 1 bulan notice.. Tp nk benti 24 jam. Ada apa2 tindakan ke ?

    1. Hai, awak berisiko untuk disaman oleh majikan di pejabat tenaga kerja kerana gagal bagi notis. Majikan boleh tuntut gaji ganti notis mengikut dalam offer letter atau akta kerja 1955

  13. HI.

    Pekerja memberi notis berhenti kerja pada 27 April dan dia mahu last day kerja on 16 mei. Di dalam contract ada tertulis notis berhenti kerja adalah 1 bulan. Adakah pekerja perlu membayar kepada syarikat dan bagaimana pengiraan? Gaji pokok pekerja adalah 1200

    1. Hi
      Ya betul, pekerja perlu bayar tempoh yang tidak cukup itu
      1200 / 31 (jumlah hari dalam bulan may) = RM38.71
      RM38.71 X 10 hari tidak cukup = RM387.10 perlu di bayar

  14. Salam. Saya telah berhenti disebabkan tidak suka sikap majikan yg suka mendesak dan pilih bulu. Kami telah berbincang dan saya kemuka kan hasrat untuk berhenti kerja dengan notis dua bulan. Bagaimanapun majikan telah mengoyakkan surat permohonan berhenti saya dan tidak mahu menerimanya. Saya tetap mahu berhenti dan memaklumkan saya sedia membayar dua bulan gaji, tetapi majikan dan pihak HR tetap tidak mahu memberikan kerjasama. Saya telah berhenti pada 11hb April yg lalu. Mengikut.sistem saya perlu habiskan notis sehingga 29hb Mei. Saya ingin bertanya, adakah gaji saya selama 11 hari patut saya terima? Dan jika gaji yg telah diberikan adalah penuh, perlukah saya untuk memulangkan semula? Sehingga kini saya masih tidak menerima invoice mengenai jumlah yg saya perlu bayar. Untuk makluman, company based di India dan client adalah Maxis. HR pula di Singapura. Adakah ada sebarang tempoh untuk pihak majikan saya menuntut dua bulan gaji daripada saya kerana tidak lama lagi saya akan berpindah ke luar negara.

    1. Wssalam..
      Jika U bersedia utk membayar 2 bulan notis yg menjadi syarat kpda kontrak perkhidmatan, maka adalah layak utk mendapat gaji jumlah hari yang telah kita bekerja. Anda boleh menunggu majikan menuntut daripada anda melalui apa-apa saluran yang mereka boleh lakukan, jika tiada, anggap saja majikan tidak berminat hendak menuntutnya daripada anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *