Hak dan Perlindungan Wanita di Tempat Kerja | Golongan wanita yang bekerja juga terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan di dalam pekerjaan yang mereka ceburi. Cabaran ini merangkumi aspek fizikal dan juga mental yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Wanita juga terpaksa bersaing dengan kaum lelaki untuk merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan di pasaran. Namun pada masa kini pekerja wanita telah diberi keyakinan untuk menjawat jawatan yang tinggi di dalam sesebuah organisasi. Walaubagaimanapun terdapat pelbagai cabaran yang harus dilalui oleh kaum wanita untuk mereka memperolehi jawatan tersebut. Antara cabaran yang perlu dilalui oleh kaum wanita di dalam pekerjaan ialah masalah yang berkaitan dengan gangguan seksual ditempat kerja, diskriminasi dan juga konflik dwikerjaya. Di bawah admin senaraikan jenis-jenis pelindungan Akta Kerja untuk pekerja wanita.

Perlindungan Bersalin (Seksyen 37 РSeksyen 44,  Akta Kerja 1955)

Kelayakan Cuti Bersalin

  1. Semua pekerja wanita dalam suatu kontrak perkhidmatan
  2. Cuti tidak kurang 60 hari berturut-turut bagi setiap kelahiran
  3. Boleh diambil 30 hari sebelum bersalin dengan perakuan Pegawai Perubatan Berdaftar

Kelayakan Elaun Cuti Bersalin

  1. Kehamilan sekurang-kurangnya 22 minggu
  2. Terhad kepada lima orang anak yang masih hidup
  3. Memberitahu majikan tentang kehamilannya
  4. 90 hari bekerja dalam 9 bulan sebelum bersalin dan telah diambil bekerja pada bila-bila masa dalam tempoh 4 bulan sebelum bersalin.

Tahukah Anda??

Akta Kerja 1955 memberi perlindungan bersalin kepada semua pekerja wanita tanpa mengira had gaji mereka.

sekiranya tidak layak terima elaun, atas persetujuan majikan, pekerja boleh kembali bekerja lebih awal dengan perakuan Pegawai Perubatan Berdaftar.

Tanggungjawab Majikan:

  1. Menyimpan rekod-rekod Daftar Cuti dan Elaun Bersalin.
  2. Membayar elaun bersalin dalam tempoh upah sebagaimana dalam kontrak perkhidmatan.
  3. Tidak boleh menamatkan perkhidmatan pekerja dalam tempoh Cuti Bersalin.

Tanggungjawab Pekerja:

  1. Hendaklah memaklumkan tentang kehamilannya kepada majikan sekurang-kurangnya 60 hari sebelum dijangka bersalin.

Larangan Penggajian (seksyen 34 dan Seksyen 35, Akta Kerja 1955)

Larangan Kerja Bawah Tanah

Wanita dilarang menjalankan kerja-kerja bawah tanah bagi tujuan mengeluarkan apa-apa bahan daripada permukaan bumi, samada menerusi lubang, terowong atau gua batu semulajadi.

Larangan Kerja Malam

Pekerja wanita sektor PERTANIAN dan PERINDUSTRIAN tidak dibenarkan bekerja antara jam 10.00 malam hingga 5.00 pagi

Pengecualian Boleh Diberi Melalui Permohonan Bertulis Majikan Dengan Syarat:

  1. Rehat 11 jam terus menerus sebelum kerja semula.
  2. Cuti rehat mingguan tidak kurang 30 jam.
  3. Kerja syif tidak secara tetap.
  4. Membayar elaun syif kedua dan ketiga.
  5. Pengangkutan percuma.

Gangguan Seksual di Tempat Kerja. (Bahagian XVA, Akta Kerja 1955)

Definisi

Apa-apa tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini, sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, gerak geri atau secara fizikal.

Gangguan Seksual Boleh Berlaku Antara:

  1. Pekerja terhadap pekerja
  2. Pekerja terhadap majikan
  3. Majikan terhadap pekerja

Tindakan Mangsa:

  1. Membuat aduan kepada majikan. Jika tidak berpuashati dengan siasatan majikan, aduan boleh dibuat di Pejabat Tenaga Kerja (PTK).
  2. Bagi kes penggangu adalah majikan pemilikan tunggal, pengadu boleh membuat aduan terus di PTK.

Tindakan Majikan:

  1. Perlu buat siasatan apabila menerima aduan daripada pengadu.
  2. Jika siasatan aduan diarahkan oleh PTK, majikan hendaklah mengemukan laporan kepada PTK.

Tahukah Anda??

Perlindungan berkaitan aduan gangguan seksual terpakai kepada semua pekerja tanpa mengira had gaji.

Bagi kes pengganggu adalah majikan tunggal, sekiranya aduan tersebut dibuktikan, pengadu boleh menamatkan perkhidmatan tanpa notis dan berhak membuat tuntutan faedah yang dibenarkan di bawah Akta Kerja 1955.

Semoga sedikit sebanyak membantu pekerja wanita diluar sana. Semoga bermanfaat jangan lupa share.