Jumlah Cuti Umum Bergaji Mengikut Undang-Undang Buruh di Malaysia

Jumlah Cuti Umum Bergaji Mengikut Undang-Undang Buruh di Malaysia | Artikel kali ini admin akan cuba mengupas persoalan-persoalan yang bermain diminda berkenaan cuti umum ataupun Hari Kelepasan Am bagi rakyat Malaysia. Sebenarnya cuti umum ataupun di dalam buku undang-undang buruh dipanggil Hari Kelepasan Am sudah lama digazetkan. Tetapi kita sebagai rakyat Malaysia ni jarang sangat yang tahu. Jika ditanya 10 orang, mungkin 1 atau 2 orang sahaja yang tahu dengan tepat jawapannya.

So mari kita lihat Hari Kelepasan am atau cuti umum ini di dalam konteks undang-undang. Admin akan kupas satu persatu berdasarkan 3 undang-undang buruh yang terpakai di Malaysia iaitu Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah Bab.67 dan Ordinan Buruh Sarawak Bab.76. Ini kerana, ketiga-tiga undang-undang ini tidak sama jumlah cutinya kerana berdasarkan adat resam dan kepelbagaian ektik sesuatu tempat atau negeri tersebut.

 

1. Menurut Akta Kerja 1955.

Di bawah Seksyen 60D (1), Akta Kerja 1955 mengatakan, setiap pekerja adalah layak mendapat cuti umum berbayar atau hari kelepasan am pada satu-satu kalender tahun tersebut

(a) 11 hari yang digazetkan dan 5 hari wajib di ambil iaitu:-

i. Hari Kemerdekaan

ii. Hari Keputeraan YDP Agong

iii. Hari Keputeraan Raja-Raja/YDPertua Negeri atau Hari Wilayah jika pekerja bekerja di Wilayah Persekutuan

iv. Hari Pekerja

v. Hari Malaysia

baki lagi 6 hari adalah boleh dipilih oleh majikan untuk dimasukkan ke dalam senarai cuti umum berbayar dan hendaklah dipamerkan ditempat yang boleh dilihat oleh pekerja untuk pekerja mengetahui senarai cuti umum yang diambil oleh majikannya.

untuk 5 hari wajib di atas adalah bermakna, majikan diwajibkan mengambil hari tersebut sebagai cuti umum dan ianya tidak boleh digantikan dengan hari lain. Jika tiba tarikh hari cuti umum tersebut, majikan hanya ada 2 pilihan, sama ada jika pekerja bekerja, mereka hendaklah di bayar sebagai cuti umum atau memberikan cuti kepada pekerja.

 

(b) pada mana-mana hari yang dilantik sebagai cuti umum untuk perkara itu tahun di bawah seksyen 8 Akta Cuti 1951 [Akta 369]:

Untuk klausa (b) ini adalah cuti yang diumumkan atau diistiharkan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri sebagai cuti umum dan majikan hendaklah menambah cuti umum ini pada tahun tersebut.

 

 

2. Menurut Ordinan Buruh Sabah Bab.67

Di bawah Seksyen 103. (1)Ordinan Buruh Sabah Bab.67 mengatakan, setiap pekerja adalah layak mendapat cuti umum berbayar atau hari kelepasan am pada satu-satu kalender tahun tersebut

(a) 11 hari yang digazetkan dan 5 hari wajib di ambil iaitu:-

i. Hari Kemerdekaan

ii. Hari Keputeraan YDP Agong

iii. Hari Keputeraan Raja-Raja/YDPertua Negeri atau Hari Wilayah jika pekerja bekerja di Wilayah Persekutuan

iv. Hari Pekerja

v. Hari Malaysia

baki lagi 6 hari adalah boleh dipilih oleh majikan untuk dimasukkan ke dalam senarai cuti umum berbayar dan hendaklah dipamerkan ditempat yang boleh dilihat oleh pekerja untuk pekerja mengetahui senarai cuti umum yang diambil oleh majikannya.

untuk 5 hari wajib di atas adalah bermakna, majikan diwajibkan mengambil hari tersebut sebagai cuti umum dan ianya tidak boleh digantikan dengan hari lain. Jika tiba tarikh hari cuti umum tersebut, majikan hanya ada 2 pilihan, sama ada jika pekerja bekerja, mereka hendaklah di bayar sebagai cuti umum atau memberikan cuti kepada pekerja.

 

(b) pada mana-mana hari yang dilantik sebagai cuti umum yang diistiharkan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri;

Untuk klausa (b) ini adalah cuti yang diumumkan atau diistiharkan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri sebagai cuti umum dan majikan hendaklah menambah cuti umum ini pada tahun tersebut.

 

3. Ordinan Buruh Sarawak Bab.76

Di bawah Seksyen 104. (1)Buruh Sarawak Bab.76 mengatakan, setiap pekerja adalah layak mendapat cuti umum berbayar atau hari kelepasan am pada satu-satu kalender tahun tersebut

(a) 18 hari yang digazetkan dan 6 hari wajib di ambil iaitu:-

i. Hari Kemerdekaan

ii. Hari Keputeraan YDP Agong

iii. Hari Keputeraan Raja-Raja/YDPertua Negeri atau Hari Wilayah jika pekerja bekerja di Wilayah Persekutuan

iv. Hari Pekerja

v. Hari Malaysia

vi. Hari Sarawak

baki lagi 12 hari adalah boleh dipilih oleh majikan untuk dimasukkan ke dalam senarai cuti umum berbayar dan hendaklah dipamerkan ditempat yang boleh dilihat oleh pekerja untuk pekerja mengetahui senarai cuti umum yang diambil oleh majikannya.

untuk 6 hari wajib di atas adalah bermakna, majikan diwajibkan mengambil hari tersebut sebagai cuti umum dan ianya tidak boleh digantikan dengan hari lain. Jika tiba tarikh hari cuti umum tersebut, majikan hanya ada 2 pilihan, sama ada jika pekerja bekerja, mereka hendaklah di bayar sebagai cuti umum atau memberikan cuti kepada pekerja.

 

(b) pada mana-mana hari yang dilantik sebagai cuti umum yang diistiharkan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri;

Untuk klausa (b) ini adalah cuti yang diumumkan atau diistiharkan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri sebagai cuti umum dan majikan hendaklah menambah cuti umum ini pada tahun tersebut.

 

 

 

Keperluan Untuk Hadir Hari Sebelum Atau Selepas Hari Kelepasan Am

Seksyen 60 D (2) Akta Kerja 1955, Seksyen 103 (4) Ordinan Buruh Sabah Bab.67 dan Seksyen 104 (4) Ordinan Buruh Sarawak Bab.76 menggariskan syarat-syarat hadir kerja sebelum atau selepas cuti umum sebelum pekerja berhak kepada cuti umum berbayar. Maksud ketidakhadiran di sini adalah tanpa kebenaran majikan (one who is away or absent without leave – AWOL) dan tanpa alasan yang munasabah.

“Mana-mana pekerja yang tidak hadir kerja pada hari kerja sebelum atau selepas hari kelepasan am atau dua atau lebih hari-hari kelepasan am berturut-turut atau mana-mana hari atau hari yang digantikan kepadanya di bawah seksyen ini tanpa kebenaran terdahulu daripada majikannya adalah tidak berhak mendapat apa-apa bayaran hari kelepasan untuk hari kelepasan tersebut atau hari-hari kelepasan terturut-turut melainkan ia mempunyai alasan munasabah bagi ketidakhadiran itu”

Jika anda sengaja PONTENG, tidak datang SEBELUM atau SELEPAS cuti umum mengakibatkan anda hilang kelayakan cuti umum tersebut.

 

Cuti Umum Jatuh Pada Hari Rehat Dan “Off Day”

Mengikut proviso pada Seksyen 60 D (1), jika hari kelepasan am jatuh pada hari rehat, maka kerja yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am sebagai ganti.

“Dengan syarat bahawa jika mana-mana hari kelepasan am yang dirujuk di perenggan (a) dan (b) jatuh pada hari rehat maka hari bekerja berikut selepas sahaja hari rehat tersebut hendaklah menjadi hari kelepasan berbayar sebagai ganti untuk hari kelepasan am tersebut”

 

Cuti Sakit Yang Diberikan Pada Cuti Umum

Menurut Seksyen 60 D (1B) Akta Kerja 1955, Seksyen 103 (3) Ordinan Buruh Sabah Bab.67 dan Seksyen 104 (3) Ordinan Buruh Sarawak Bab.76, apabila cuti sakit bertindih dengan cuti umum, maka cuti umum ini hendaklah diganti. Namun, cuti ini tidaklah ‘automatik’ dan hendaklah diberi pada hari yang dipersetujui oleh majikan.

“Sekiranya mana-mana hari kelepasan am itu atau mana-mana hari lain yang digantikan kepadanya sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) atau (1A) jatuh dalam tempoh di mana pekerja sedang dalam cuti sakit atau cuti tahunan yang mana pekerja itu berhak di bawah Akta ini, atau jatuh dalam jangka masa tempoh ketidakupayaan sementara di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 atau di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, majikan hendaklah memberikan hari yang lain sebagai hari kelepasan berbayar sebagai ganti bagi hari kelepasan am atau hari yang digantikan itu”

 

Jika Bekerja Pada Cuti Umum

Jika bekerja pada hari cuti umum yang telah ditetapkan di dalam list cuti umum yang ditetapkan majikan, maka pada hari tersebut, pekerja layak menikmati kadar gaji sebagaimana di bawah:

Jika Pekerja Bergaji Bulan:

Ahmad bergaji RM1000 sebulan dan telah bekerja pada hari cuti umum.

RM1000/26 = RM38.46 sehari

RM38.46 X 2 = RM76.92

Maka Ahamad layak untuk mendapat gaji pada bulan tersebut sebanyak RM1000 + RM76.92 = RM1076.92

Untuk lebih faham, Ahmad layak mendapat gaji seperti jumlah di atas kerana telah bekerja pada satu hari cuti umum dalam bulan tersebut. 2 kali kadar gaji harinya perlu di tambah di dalam gaji bulanannya dan 1 kali kadar sudah ada di dalam gaji bulannya. Maka jika dilihat, ianya adalah 3 kali kadar untuk bayaran tersebut.

Jika Pekerja Bergaji hari:

Ali bergaji RM80 sehari dan telah bekerja pada hari cuti umum.

RM80 X 3 = RM 240

Maka Ahamad layak untuk mendapat gaji pada hari tersebut sebanyak RM240.00

Untuk lebih faham, Ali layak mendapat gaji seperti jumlah di atas kerana telah bekerja pada satu hari cuti umum dalam bulan tersebut. 2 kali kadar gaji harinya perlu di tambah di dalam gaji harinya. Dan jumlahnya adalah 3 kali kadar dari gaji hariannya.

Jika Tidak Bekerja?

Jika tidak bekerja pada hari cuti umum, maka pekerja masih layak untuk menikmati gaji daripada cuti umum ini kerana ianya cuti umum bergaji. Majikan perlu membayar kepada pekerja yang hanya pekerja bergaji harian sahaja kerana pekerja bergaji bulanan sudah ada gaji pada hari-hari cuti umu yang diambil oleh majikan.

Maka jika majikan mendapati pekerja bergajiharian  yang tidak dibayar, perlulah membayar kepada mereka kerana kebanyakan majikan salah faham menafsir pekerja bergaji harian dimana mereka merasakan jika mereka tidak bekerja tiada gaji. Itu salah sama sekali. Jika ada cuti umum yang berlaku pada 11 hari yang diambil oleh majikan, maka majikan perlu membayar 1 kali kadar upah/gaji kepada pekerja bergaji hari tersebut.

Wajib bayar @ majikan ini akan dipaksa membayar tunggakan kepada semua pekerja yang tidak dibayar jika pihak Pegawai Tenaga Kerja mengesan kesalahan ini dan majikan boleh berdepan dengan kompaun tidak melebihi RM10,000 pada setiap satu kesalahan. Maka, bayar jer. Kalau ada majikan camni, pekerja boleh buat aduan. Rujuk sini (Pejabat Tenaga Kerja)


Soalan yang biasa ditanya mengenai cuti umum.

S   :   Perdana Menteri umum cuti pada 4 September 2017 sempena kemenangan Sukan Sea Kuala Lumpur 2017, adakah majikan wajib ambil cuti tersebut?
J   :  Ya, wajib diambil dan ditambah untuk tahun tersebut berdasarkan kepada kehendak Seksyen 60D (b) di atas.

S   :   Ketika kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah pada 11 September 2017, Kerajaan Kedah telah mengisytiharkan 12 September 2017 sebagai cuti kelepasan am di negeri itu. Adakah semua negeri terlibat untuk cuti tersebut?
J   :   Tidak, jika mana-mana kerajaan negeri yang mengisytiharkan cuti umum atau cuti kelepasan am tersebut, ianya hanya terpakai dan wajib di ambil oleh majikan di dalam negeri tersebut sahaja.

S   :   Boleh atau tidak jika Perdana Menteri iaitu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang mengisytiharkan cuti umum ini untuk tarikh tertentu, majikan menyuruh pekerja untuk bekerja kerana ada masalah yang tidak boleh dielakkan?
J   :   Boleh, majikan mempunyai 2 pilihan iaitu membayar kepada pekerja yang bekerja pada hari tersebut mengikut kadar kiraan Cuti Umum atau mengantikan cuti tersebut pada hari yang lain dalam tahun yang sama dengan persetujuan pekerja. – wikikau.com

Rujuk : Cara Pengiraan Gaji Kerja Lebih Masa (Overtime)

Rujuk : Senarai Cuti Umum Di Malaysia dan Negeri

Jika anda ada soalan yang hendak ditanyakan, tinggalkan komen anda di bawah dan admin akan menjawabnya dengan tepat dan pantas. Hehe.. Terima kasih sudi membacanya, jangan lupa share.

55 Replies to “Jumlah Cuti Umum Bergaji Mengikut Undang-Undang Buruh di Malaysia”

  1. Assalamualaikum admin..saya ingin bertanya soalan..
    Sekiranya cuti umum dan off day bertindih..hari keesokan merupakan hari kelepasan berbayar utk pkrja..namun bgaimana pula sekiranya ada pekerja yang memohon cuti tahunan pada hari tersebut?adakah cuti tahunannya akan di tolak?

  2. Assalamualaikum , jk says bekerja pada cuti umum tapi cuti itu tidak tertakluk dlm 11 Hari cuti umum berbayar .adakah saya masih di bayar kadar ot

    1. Wsalam
      Jika tidak tertakluk dalam 11 hari, kerja pada cuti tersebut adalah kerja macam biasa tidak ada apa apa penambahan bayaran.

  3. Assalam. Sy nk tanya. Sy berkerja di Amour Security. Dan basic sy bawah 2000.
    Dalam seminggu, cuti sy tidak menentu kerana sy berkerja mengikut syift. Sy sedia maklum di dalam seminggu, pekerja wajib mendapat satu hari cuti rehat dan majikan boleh memberikan hari cuti rehat pada hari2 lain, tidak wajib pada daripada hari ahad. Dan cuti rehat saya pada minggu itu jatuh pada hari khamis. pada hari khamis itu jgk ialah cuti am 31ogos. Di sini sy mmg berhak untuk mendapat cuti ganti am pada hari jumaat tetapi didalam jadual kerja sy yg di keluarkan pada setiap hari sabtu, hari jumaat sy kena berkerja. Apabila sy bertanyakan pada majikan. Adakah hari jumaat itu sy akan di bayar duoble pay sebab hari itu ialah hari ganti cuti am sy. (gaji hari + double pay.) Jawapan majikan sy, dia tidak akan membayar double pay dan dia cuma membayar gaji hari sy seperti biasa mengikut basic. Bolehkah sy adukan pada pejabat buruh?

    1. Wsalam.. Boleh kerana majikan perlu kasi cuti tersebut. tetapi bayaran yang perlu di bayar oleh majikan adalah sebagaimana kerja pada hari rehat. Boleh baca artikel berkenaan dengan Hari Cuti Mingguna pada menu di atas.

      1. Salam admin.sy bekerja sebagai polis bantuan dlm sektor perladangan.dalam hal sy majikan bagi cuti umum 11 hari setahun.sy bekerja pd cuti umum majikan tidak bayar sy (double pay)tetapi majikan menggantikan cuti tersebut pada lain hari.boleh tak sy membuat aduan di pejabat buruh berdekatan

        1. Wsalam..
          Boleh gantikan dengan hari lain kecuali hari-hari yang wajib. Jika hari yang wajib majikan pun gantikan dengan hari lain, boleh pergi report

  4. Salam. saya ingin bertanya perihal undang-undang baru yang telah dikuatkuasakan oleh syarikat tempat saya bekerja berkaitan cuti tahunan.

    saya mempunyai cuti tahunan berbayar sebanyak 18 hari setahun.
    Tetapi menurut pihak sumber manusia, kami tidak memiliki 18 hari sekaligus. ianya dibahagikan kepada 12 bulan. purata 1.5 hari sebulan. Jika kami mengambil cuti lebih dari 1.5 hari/bulan, lebihan cuti tersebut dikira cuti tanpa gaji. Dan sekiranya tidak mengambil cuti tersebut, ianya akan dibawa ke bulan berikutnya

    Contoh kiraan cuti :

    Januari – 1.5 hari
    Februari – 1.5 hari
    March – 1.5 hari

    Jika saya tidak pernah bercuti dari bulan Januari, pada bulan Mac saya dibenarkan mengambil cuti tahunan berbayar sebanyak 4.5 hari.
    Tapi sekiranya saya mengambil 6 hari cuti pada bulan Mac, 1.5 hari lagi dikira cuti tanpa gaji. walaupun jumlah cuti tahunan sepatutnya masih berbaki 14 hari lagi.

    Adakah ini pengiraan yang betul mengikut undang-undang?

    1. Wsalam, apa yang dibuat ini adalah betul. Pekerja tidak boleh mengambil sekaligus dan jumlah AL perlu di prorata utk melihat berapa yang layak utk sbln.

    1. Cuti tahunan adalah cuti berbayar. Jika tak bayar, itu namanya cuti tanpa gaji. Wajib bayar jika pekerja cuti tahunan. Jika tak bayar, kenapa ada pula undang2 pemberian cuti tahunan ini.

  5. Asslam admin, saya ingin bertanya soalan tetapi ini bukan berkaitan dengan cuti umum. Saya ingin tahu apakah tindakan yang boleh diberi kepada seseorang pekerja jika tidak hadir kerja tiga hari berturut-turut

    1. Wsalam, menurut undang2 jika pekerja tidak hadir bkerja selama melebihi 2 hari (bermakna 3 hari ke atas) boleh dianggap pkerja tsbt berhenti bekerja sendiri dengan SYARAT:

      1. Pekerja tsbt tidak apply cuti
      2. Pekerja tsbt tidak maklumkan apa-apa bkenaan dgn cuti tsbt
      3. Majikan juga perlu ada usaha menghubungi pekerja tsbt jika segaja tdk mjawab baru boleh menggap pkerja itu berhenti kerja sendiri.

      Jika ada 3 sebab di atas, pekerja tsbt dikira berhenti kerja sendiri dan majikan tidak perlu membayar apa2 pampasan.

  6. assalamualaikum admin.
    saya sedang mengandung 37 minggu dan baru-baru ini dimasukkan ke hospital dan mendapat cuti sakit selama 18 hari.cuti sakit saya berakhir pada hari jumaat.sabtu dan ahad adalah off day dan isnin berikutnya adalah cuti umum yang diambil oleh syarikat.setelah tamat tempoh cuti sakit, saya bercadang mengambil cuti tanpa gaji sebelum meneruskan cuti bersalin 60 hari.adakah cuti sabtu, ahad dan isnin tersebut sepatutnya dibayar oleh majikan atau cuti tanpa gaji saya sudah bermula?
    terima kasih.

    1. Wssalam puan

      Kalau cuti sakit, sepatutnya memang berbayar sebanyak 18 hari jika puan layak dengan cuti sakit 18 hari itu. Maksud admin, jika puan dah kerja 2 – 5 tahun, cuti sakit yang layak adalah 18 hari. So jika banyak ni majikan perlu bayar. Jika kelayakan cuti sakit puan adalah 14 hari sahaja, maka walaupun dapat mc 18 hari, 4 hari adalah tidak dikira dan dianggap sebagai cuti tanpa gaji. So puan perlu lihat dulu yg mana puan layak. Harap jelas yer. Kalau masih ada soalan boleh tanya kan lagi.

  7. Salam admin…sya nk bertanya tentang cuti umum..sya seorang pekerja juru jual handfon di salah sebuah kedai di segamat johor…sblm ni sya dan kawan kerja ikut pada cuti yg di beri..pada cuti umum kami tidak pernah di bayar gaji utk cuti umum tapi kami di beri cuti ganti pada hari berikut nya..pada 15/12/2017 bos telah umum kan pada sya dan juga rakan sekerja sya starting bulan depan cuti umum kami di beri hanya 12 hari sahaja.. Kemudian katanya ”sya tambah kan lagi 4 hari utk kamu pilih cuti umum pada tahun hadapan” tapi ikut pada kiraan saya cuti umum adalah 16 hari…kenapa dia bagi 12 hari sahaja ?? Dan pada hari cuti umum kami tidak di benar kan cuti..kami terpakasa bekerja..cuti umum sya dan rakan tidak akan di bayar…apa tindakan yg perlu kami laku kan utk kami tuntut hak kami sebagai pekerja ?

    1. Wsalam..

      Cuti umum berjumlah 16 hari hanya di Sarawak. Jadi cik ini bekerja di Sarawak kah atau tidak? Jika bekerja di Sarawak, kitak mmg layak dapat 16 hari + 1 + 1, kalau ikut jumlahnya adalah 18 hari tetapi 2 lagi belum diwartakan dalam ordinan buruh sarawak.. Jadi, majikan layak gantikan cuti umum ini dengan hari lain KECUALI 6 hari yang disenaraikan dalam artikel di atas. Jika bekerja pada 6 hari ini, majikan wajib bayar sebagaimana dalam undg2.

      Jika cik bukan kerja di Sarawak, jumlah bukan 16 atau 18, tetapi 12 atau 15 sebgaimana list di atas.

      Jika pada hari wajib yang ditetapkan juga dipaksa kerja dan digantikan dengan hari lain, cik boleh pergi ke Pejabat Tenaga Kerja berdekatan untuk buat aduan tentang perkara ini

  8. Salam admin..jika majikan menyuruh pekerja bekerja pd cuti umum syarikat tapi cuti tersebut boleh diganti pd mana2 hari bekerja lain, adakah gaji yg dibayar mengikut hari bekerja biasa?

    1. Wssalam..

      Jika majikan menyuruh pekerja bkerja pada cuti umu yg boleh diganti, tetapi akan digantikan dengan hari lain, maka kerja pada cuti umum adalah seperti biasa dan bayaran pun seperti biasa.

      1. Assalamualaikum, saya nk tanya selalunya taska tutup pada cuti umum hari raya aidilfitri selama seminggu, tetapi majikan beri cuti uumum raya itu untuk hari jumaat dan isnin shaja selasa kne kejer seperti kjer harian, disini sya nak tnye adil atau tidak majikan buat hal demikian, sebab majikan ade pengalaman kjer taska sblom niy dan cuti umum raya mmng seminggu, sekarang niy, majikan suruh kami kjer pada cuti umum itu dan klw tidak hadir majikan akn tolak gji sebulan. Apakah adil dlm masalah ini?

        1. Wssalam.. kena check awal2 dgn majikan, dia ambil minimum 11 hari tu hari apa, jika mmg hari2 di atas yg diambil, maka tak salah majikan buat demikian. Majikan salah jika tolak gaji sampai sebulan tu. Memang tak adil

  9. Assalamualaikum,

    Saya nak tanya berkenaan cuti sakit, jika pekerja diberikan cuti sakit selama 14 hari tetapi pekerja itu masuk kerja selang-selang hari dalam tempoh cuti sakit, boleh ke majikan bayar gaji hai-hari yang pekerja itu masuk kerja?

    1. Waalaikummusalam..

      Ini pelik, jika pekerja itu layak mendapat cuti sakit 14 hari tapi masih masuk kerja sedangkan dia layak mendapat bayaran, jadinya pekerja ini tetap dibayar la, dan cuti sakitnya tidak boleh ditolak utk jumlah yang dia masuk kerja itu.

      1. macam mana pula jika pekerja dapat cuti sakit 30 hari tapi kelayakan cuti sakit bergaji penuh hanya 14 hari, dan baki 16 hari mc yang tidak berbayar itu pekerja masuk kerja on off..adakah boleh dibayar gaji atau nasihatkan pekerja untuk habis kan MC 16 hari tanpa gaji tersebut. TQ

        1. Kalau dia boleh buat kerja seperti mana semasa dia sihat, majikan benarkan, okey jer dia masuk kerja dan majikan perlu bayar. Jika dia sakit tapi nak masuk kerja boleh menggangu prestasi kerja, so majikan berhak melarang dan tetap dia perlu bercuti kerana masalah kesihatan dan tidak perlu bayar. tapi kalau dia cakap nak masuk kerja juga, bagitahu awal-awal kat dia kalau masuk majikan tak bayar juga. Jadi tiada pertikaian selepas tu.

  10. SALAM, SOALAN LARI SIKIT DARI CUTI UMUM, KALAU DALAM KONTRAK PEKERJA HARI BEKERJA ISNIN – JUMAAT, TETAPI JIKA DIARAHKAN UNTUK KERJA HARI SABTU DARI 8PG – 5PTG ADAKAH MAJIKAN PERLU BAYAR ATAU ITU ADALAH HAK MAJIKAN UNTUK MENGARAHKAN PEKERJA HADIR KERJA?

    1. Wssalam..

      Kalau dah tercatat dalam kontrak masa kerja macam tu, majikan perlu bayar dekat pekerja jika kerja jam 8:00 – 5:00:-

      Jika bgaji bulanan: Bayaran sehari gaji
      Jika bgaji harian: Bayaran 2X bayaran gaji

    1. Dalam undang2 akta kerja, 11 hari di peruntukan untuk berpuluh2 cuti umum yang ada di Malaysia. Tapi hanya 5 hari wajib diambil sebagaimana artikel di atas. Maka, baki 6 hari cuti umum lagi (5+6=11), majikan boleh pilih. Nak pilih itu, boleh rujuk dekat link ini (cuti umum 2018).

      Kat situ majikan boleh pilih hari apa yang dia nak ambil selain daripada 5 hari wajib tadi. Kalau bagi soalan senaraikan camni, susah la admin nak jawab.. Sebab lain company tak sama cuti umum yang mereka ambil.

  11. salam, saya pekerja kontrak bergaji hari rm38.46 sehari (sebulan rm1000).
    waktu berkerja isnin – sabtu, 8pg – 5 ptg (dibolehkan OT dua jam / satu jam setiap hari kecuali sabtu)
    setiap kali cuti umum, pihak syarikat memberikan kebenaran kepada pekerja untuk bekerja, tetapi, saya dimalumkan, hanya pekerja tetap sahaja mendapat bayaran OVERTIME, kami pekerja kontrak mendapat bayaran seperti biasa.
    adakah ini dibenarkan? sebab saya pekerja baru, dan baru diberitahu.

    dan yang kedua mengenai temujanji doktor, adakah gaji akan dipotong jika kita mempunyai temujanji doktor dan tidak hadir bekerja pada hari berkenaan? waima, kita hadir setengah hari selepas temujanji doktor (temujanji sebelah pagi).

    terima kasih

    1. Wsalam..

      1. OT berhak ke atas semua pekerja yg dilindungi oleh akta kerja tidak kira pekerja tsbt kontrak, tetap mahupun part timer skalipun.

      2. Majikan tak boleh potong gaji kerana sebab tersebut.

  12. Salam admin.. Nak tanya.. saya ada baki Annual Leave 13hari.. dn saya last brkerja pd 18 feb 2018.. Sekiranya smpi tarikh sya last tapi baki AL masih ada, majikan wajib bayar atau hangus mcm tu ja?

  13. ASSALAMUALAIKUM.W.B.T
    SAYA INGIN BERTANYA, JIKA SYARIKAT MEMBERI CUTI SELEPAS TEMPOH 2 TAHUN DARI JOINT DATE, PIHAK SYARIKAT WAJIB MEMBERI CUTI MINIMUM 12 HARI BEKERJA KAN?
    CONTOH JOINT DATE: 2 OGOS 2015 SEHINGGA SEKARANG APRIL 2018.
    JUMLAH CUTI YG SEPATUTYA DIBERIKAN PIHAK SYARIKAT MENGIKUT TEMPOH BERAPA?
    ADAKAH SALAH JIKA PIHAK SYARIKAT HANYA MEMBERIKAN CUTI 9 HARI BEKERJA SAHAJA. MOHON PENJELASAN KERANA PIHAK MANAGEMENT TIDAK MEMBERI INFO YANG JELAS. TERIMA KASIH

      1. Terima kasih untuk pengesahan yang diberi.
        1- Adakah salah disisi undang2 jika pihak syarikat tidak mengikut seperti yang telah ditetapkan?
        2- Jika ianya salah disisi undang bagaimana tindakan yang harus dibuat untuk mendapat pembelaan bagi pihak pekerja.
        3- Handy book juga tidak disediakan bagi setiap pekerja sebagai rujukan sebagai semakan, hanya boleh refer pada Head of Department sahaja.

  14. Assalamualaikum Admin saya nak bertanya berkenaan rakan sekerja saya . beliau kini sedang hamil anak yang tidak sah taraf , Jadi layak tak beliau untuk menerima cuti bersalin bergaji atau sebalik nya ? kerana Majikan kami memberitahu yang beliau tidak berhak menerima cuti dan gaji tersebut semasa beliau berpantang . adakah ini benar ?

    1. Wssalam
      menurut undang2 buruh, semua pekerja wanita yang bersalin layak mendapat cuti bersalin jika mereka beranak/bersalin. Dalam akta tiada sebut anak tersebut mesti sah taraf atau tidak. Maka kawan anda layak dapat cuti bersalin, dan jika layak dengan syarat2 untuk dapat elaun bersalin, maka dia pun layak dapat elaun bersalin tersebut.

  15. Hai. Sy bekerja sbgai cashier d sbuah kedai mkn. Dlm sbln, kmi dberi cuti 3 hari shja.Utk OT kami, mereka akan kira;
    # 920÷31/30(hari dlm sbln).
    Gaji # ni akan dibahagi dgn 9 jam kami bekerja sehari (sekali dgn rehat setengah jam)
    Kmudiannya akan didarab dgn jam OT.
    Cnth: 920÷30=30.67
    30.67 ÷ 9 = 3.41
    Klau OT 2 jam, kmi akan dpt rm6.82

    Betul ka cara mereka kira tu?

  16. Selamat pagi admin..saya nak tnya satu soalan..mcm mana nak kira gaji untuk pekerja yang tidak bekerja pada cuti umum..bgi pekerja borong…

    1. jika tak bekerja, tak perlu kira la.. gaji bulan bayar mcm biasa, jika gaji hari, kena bayar la cuti umum tu walaupun tak bekerja..

  17. Adakah 8 jam pertama bekerja pada hari cuti umum perlu dikalikan dgn 3.0 ?

    Kerana saya mendapati hanya OT saya sahaja yang dikalikan dgn 3.0.

  18. Assalamualikum sya nurynye..
    1-Nak tnya klu majian tak buat perjanjian bertulis dan enggan buat slip gaji apa tindakan yang wajar majian dapat??
    2-sekiranya majian memotong gaji lebih dri sepatutnya dengan alasan caruman kwsp lebik tinggi di bayar oleh majian?

    1. Wssalam
      1- melanggar udng2 buruh, boleh buat aduan utk diambil tindakan.
      2- potongan gaji ke? potongan atas nama apa? kwsp tak boleh potong sesuka hati sebab kwsp dah tetapkan potongan kwsp mgikut tangga gaji pekerja

  19. Hi,

    Telah bertahun-tahun dalam polisi syarikat, cuti umum untuk kebangsaan dan negeri yang telah digazetkan, contohnya jumlah keduanya 18 hari dilihat sebagai cuti umum syarikat. Tetapi pada tahun yg sama telah menukar polisi dengan hanya mengambil 11 hari minima sepertimana dalam AKta Kerja 1995 Sec 60D.

    Apakah implikasi terhadap pekerja dan adakah tindakan syarikat ini rasional apabila menukar polisi cuti umum syarikat pada tahun yang sama?

    1. sebenarnya jika majikan dan buat lebih baik pastu tukar kepada akta kerja. salah.. boleh rujuk dekat pejabat tenaga kerja berdekatan ya

  20. Sekiranya duty kerja jatuh hari cuti umum, majikan hanya beri ganti cuti dan tidak bayar mengikur kadar cuti umum.
    Adakah dibolehkan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *