Orang Muda Sekarang “Tin Kosong” “Biadab” “Demand Gaji” | Generasi muda hari ini perlu sentiasa meletakkan ego mereka pada tempat yang betul dan jangan sesekali bersikap kasar terutamanya ketika menghadiri temuduga pekerjaan.

Walaupun mereka digalakkan berani mencari peluang dan bersikap lantang, ia tetap ada batasnya. Lantang dan berani tidak bertempat, hanya menimbulkan persepsi buruk dan menyukarkan lagi mereka mencari kerja.

Pengarah Eksekutif ZY Phyto, Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly mengakui berdasarkan pengalamannya, generasi baru agak biadab, tidak sopan, manja, berkira, meminta-minta dan kurang rasa tanggungjawab.

Jadikan perkongsian ini sebagai ikhtibar agar tidak diketegorikan dalam golongan-golongan ‘cakap sampah’ seperti yang dijelaskan oleh majikan ini.

1. Tidak Begitu Bersemangat Dalam Dunia Pekerjaan Mereka

“Saya sering menerima permohonan kerja daripada lepasan universiti dan latihan praktikal daripada pelajar tahun akhir, penganggur tapi daripada banyak permohonan, biasanya hanya dua, tiga sahaja yang memuaskan hati dan layak dipanggil temuduga. Yang lain tu boleh saya kategorikan sebagai ‘cakap sampah’ yang layak dibakul

“Walaupun tidak semua, tapi ramai generasi muda sekarang tidak begitu bersemangat dalam dunia pekerjaan mereka. Baginya kerja itu bukan suatu kerjaya tapi sekadar kerja,”

2. Hanya Berfikir Melakukan Kerja Mereka Tanpa Mempedulikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Yang Telah Ditetapkan.

Tambahnya lagi, kebanyakan daripada mereka tidak memikirkan objektif syarikat

“Asal cukup bulan dapat gaji cukup. Kalau rasa bosan, lompat cari kerja lain. Kalau tiada kerja pun masih boleh bergantung duduk dengan mak bapak,”

3. Penyediaan Resume & Tidak Melambangkan Sebagai Lepasan Universiti.

“Dari segi penulisan pula, ada yang agak memalukan dan tiada mukadimah atau permohonan selayaknya. Surat permohonan rasmi kebanyakan tidak mengikut format yang betul, banyak kesalahan ejaan, penggunaan tatabahasa yang carca-marba.

“Ayat yang digunakan pun sangat pasar dan kebudak-budakan macam tulis surat kepada kawan, tidak serius malah resume pun ada yang satu muka surat, maklumat tidak lengkap, tiada gambar dan pelbagai lagi kelemahan, dalam erti kata lain, memohon sambil lewa.”

4. Biadap

“Ada yang dengan muka kurang sopan terus bertanya berapa gaji boleh bagi dan ‘demand’ melalui talian, WhatsApp atau email walaupun belum lagi ditemuduga!,”

5. Pemegang Ijazah Yang Hanya Boleh Berkata-Kata Apabila Ada Buku

“Zaman teknologi memungkinkan sebahagian pemegang ijazah memiliki sifat dinamik dan berkebolehan secara holistik. Boleh jadi juga ada pemegang ijazah yang hanya boleh berkata-kata apabila ada buku atau manual pekerja di tangan mereka.

“Majikan lebih mementingkan karakter pekerja seperti kebolehan kecerdasan minda, keupayaan memimpin, membuat keputusan, bekerja dalam kumpulan, kemahiran komunikasi, membuat perancangan, tahap integriti yang tinggi dan komited,”

6. Terlalu Lantang

“Generasi muda sekarang kurang budi bahasa, nilai murni sama ada dari segi sikap pemikiran dan tanggungjawab serta pembangunan akhlak. Mungkin kerana perubahan teknologi, pembelajaran yang lebih kepada maya, maka interaksi sesama manusia semakin kurang perasaan, jiwa dan rasa hormat,”

Sumber