Panel Penemuduga Dedahkan 11 Kesalahan Paling Biasa Dijumpainya | Kali ini admin nak kongsikan artikel daripada Nor Faizura Izma Omar yang merupakan seorang penemuduga. Beliau ada kongsikan pengalamannya menemuduga calon dan memberitahu beberapa contoh perangai yang akan menyebabkan calon temuduga tersebut tidak dipilih olehnya mahupun majikan lain. Jom lihat apa yang dikongsikan beliau:

Dua hari menjadi panel interview… Apa yang masih kurang pd para peserta yg ditemuduga

1. Tidak memberi salam. Saya bagi kredit tambahan kepada calon saya yang ke-5 kerana orang pertama yang memberi salam.

2. Muka yang polos.. tiada lipstick, bedak… Bibir yang pucat.. Tak bermaya… Percayalah selepas 5 calon, kami penemuduga memerlukan sesuatu yang energetik… bukan muka toya tak bermaya… tolong bantu kami untuk bantu anda.

3. Rambut yang serabai…

4. Tali leher yang longgar… Saya abaikan undang-undang warna kemeja vs tali leher..

5. Dokumen di dalam sampul surat… Tolonglah membuat pelaburan membeli folder…

6. Hanya membawa diri dan transkrip ijazah… Nak nangis dapat calon begini. Takpelah dik, sila belajar membawa dokumen pencapaian diri anda semasa universiti / kolej/ sekolah. Akak faham, baru habis study kan..

7. Gen Y… sila google pasal syarikat sebelum ditemuduga… Their achievement, their business, nama chairman dan ceo, dan lain-lain.

8. Suara macam sedang bercinta dengan penemuduga.. Tolong bagi tone dan lontaran suara yang jelas… Jenuh akak pasang telinga tau.

9. Susunan sijil dalam folder… caca marba.. jenuh nak cari sijil Ijazah, Diploma, SPM

10. Buat yang masih belajar… selain fokus study, sila juga aktif dalam sukan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain… Not to be bias, tapi akak suka transkrip kokurikulum UNITEN.. Nampak dengan jelas semua aktiviti outdoor, indoor yang disertai. Penanda aras anda adalah calon yang all rounder.

11. Jangan memilih tempat kerja / placement.. Kita tidak tahu tempat yang dipilih untuk ada apa hikmahnya… Boleh bernegosiasi jika ada urusan yang lebih utama.. Tapi meletak jawatan / resign kerana tiada tempat tinggal menunjukkan anda calon yang tidak matang / berdikari… Jalan terus.. Jalan untuk menjadi dewasa.. Biarlah menangis berhari-hari tapi semangat Hang Tuah / serikandi Tun Fatimah biar membara.

12. Selepas belajar… jangan sesekali berhenti mencari pekerjaan walaupun sekadar part time. Kerana ada kemahiran yang diperolehi walaupun menjadi pembantu butik / pak guard/ dll sementara menunggu rezeki lain… Ingat rezeki tak pernah salah alamat…

Diharapkan graduan-graduan diluar sana yang sedang mencari kerja yang sesuai dengan kelayakan, ambil peluang dulu bekerja di pelbagai tempat untuk menimba pelbagai kemahiran, ianya tidak rugi, sungguh…