Pengenalan Akta Kerja 1955 | Akta Kerja atau Employment Act 1955 adalah undang-undang pekerjaan yang diguna pakai di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja. Untuk negeri Sarawak, undang-undang yang diguna pakai ialah Ordinan Buruh Sarawak Bab.76 / Sarawak Labour Ordinance Cap.76 manakala negeri Sabah pula, menggunakan Ordinan Buruh Sabah Bab.67 / Sabah Labour Ordinance Cap.67.
Akta Kerja 1955 adalah akta yang digubal pada tahun 1955 dan telah dipinda hampir keseluruhanya pada tahun 1998. Akta ini meliputi peruntukan hak-hak pekerja yang bertujuan melindungi pekerja dari sebarang eksploitasi oleh majikan dan meletakkan faedah-faedah minima yang perlu diberikan kepada pekerja yang dilindungi di bawah akta ini.
Bukan semua pekerja dilindungi oleh akta ini kerana ianya ada beberapa syarat. Sebagaimana di bawah Seksyen 2 (1) Akta Kerja 1955 menyebutkan tafsiran “pekerja” adalah bererti mana-mana orang atau golongan yang;
a) dimasukkan dalam mana-mana kategori dalam Jadual Pertama setakat mana yang dinyatakan di dalamnya; atau
b) berkaitan dengan orang yang mana Menteri membuat perintah di bawah subseksyen (3) atau seksyen 2A;
Jadinya kat sini kita akan sentuh Jadual Pertama tersebut? Apakah yang dimaksudkan dengan Jadual Pertama? Adakah sama dengan jadual perlawanan bola? atau jadual gaji? hehe.. bukan yer.. Ianya adalah satu ketetapan dimana bukan semua pekerja adalah “pekerja” sebagaimana tafsiran di atas. Ini kerana ada beberapa perkara yang perlu dilihat atau dipastikan sebelum seseorang itu dikategorikan sebagai “pekerja” sebagaimana di bawah seksyen 2 (1) tersebut. Bila seseorang itu dianggap “pekerja” maka barulah mereka ini dilindungi oleh akta & ordinan.
Syarat paling popular antaranya adalah:
- bergaji RM 2,000 dan ke bawah;
- atau jika ia melebihi RM2,000, dia hendaklah pekerja yang berkerja secara ‘manual’ iaitu kerja yang dilakukan dengan menggunakan kekuatan dan skill tangan semata tanpa perlukan sebarang keperluan untuk menganalisa atau berfikir.
Jika ada mempunyai buku akta kerja 1955 versi hingga 15hb ogos 2014, halaman jadual pertama adalah m/s 116. Jika ada muatturun akta kerja melalui link yang admin sediakan di bawah, ianya berada pada m/s 106 First Schedule
Contract of Service
Bagi maksud Akta Kerja 1955, pekerja juga adalah mereka yang di bawah kontrak perkhidmatan (Contract of Service) dan bukannya kontrak bagi perkhidmatan (Contract For Service).
Maksud Upah Di Bawah Akta Kerja 1955:
Seksyen 2 (Tafsiran):
“upah” ertinya upah pokok dan semua pembayaran lain dengan wang tunai kepada seorang pekerja bagi kerja yang dibuat mengikut kontrak perkhidmatannya tetapi tidak termasuk –
- nilai mana-mana mana-mana tempat tinggal atau bekalan apa-apa makanan, minyak, lampu atau air atau rawatan perubatan atau mana-mana kemudahan atau perkhidmatan yang diluluskan;
- apa-apa caruman yang dibayar oleh majikan sendiri kepada mana-mana kumpulan wang pencen, kumpulan wang simpanan pekerja, skim pemberhentian kerja, mengurangkan pekerja, penamatan, rentikan sementara atau skim persaraan, skim jimat-cermat atau mana-mana kumpulan wang lain atau skim yang ditubuhkan untuk faedah dan kebajikan pekerja.
- apa-apa elaun perjalanan atau nilai apa-apa konsesi perjalanan;
- apa-apa jumlah yang kena dibayar kepada pekerja untuk menanggung perbelanjaan-perbelanjaan khas yang diperlukan olehnya kerana jenis perkerjaannya;
- apa-apa ganjaran yang kena dibayar atas pemberhentian atau persaraan; atau
- apa-apa bonus tahunan atau mana-mana bahagian dari apa-apa bonus tahunan.
Untuk pembacaan penuh Akta Kerja ini, anda boleh rujuk di sini.
Undang-undang di bawah Akta Kerja 1955 ini meliputi banyak perkara dan admin akan kembangkan lagi perkara-perkara tersebut pada artikel yang akan datang. Jika ada pertanyaan, boleh komen di bawah. – wikikau.com
5
Maaf sy ingin bertanya. Berkenaan cuti bersalin 3bulan adakah akta tersebut sudah berjalan ataupun sebaliknya di syarikat sektor swasta.
Belum lagi puan
Kalau berhenti tnpa surat resign berapa saman yg dikenakan kepada pekerja
.?
Lihat pada kontrak perjanjian, jika dalam tu tulis 3bln, 3 bulan gaji kena bayar
Betulke kalau pekerja baru akn dikira gaji bahagi 30 sedangkn bekerja 26 sbulan
kalau pekerja baru masuk contoh 5hbln, bukan 1hbln, so kena bahagikan dengan jumlah hari bulan tsbt, dan darabkan dengan semua jumlah hari selepas 5 hbln tsbt tmasuk hari cutinya.
bagaimana jika tmpt tinggal di sediakan oleh majikan dan kemudahan pengangkutan juga di sediakan?tetapi makan minum ditanggung pekerja sendiri..adakah majikan berhak memotong dari gaji minima tersebut?
Tidak boleh kerana gaji minima adalah gaji pokok yang tidak boleh dikurangi jumlahnya kerana kemudahan yang disediakan kepada pekerja. Itu bukan alasan utk tidak membayar gaji minima kepada pekerja. Jika berlaku, boleh report kepada pejabat buruh berhampiran
jika penamatan staf dibuat setelah DI dibuat, adakah bayaran ganti notis & pampasan perlu dibayar kepada staf?
Majikan : Jika DI telah dibuat dan pekerja didapati bersalah dan ditamatkan perkhidmatan, pekerja boleh diberhentikan tanpa tempoh notis dan pampasan (faedah penamatan kerja)
Pekerja : Mana-mana pekerja yang tidak berpuashati dengan DI yg dijalankan atau keputusan, boleh kemukakan aduan di Jabatan Perhubungan Perusahaan atau Pejabat Tenaga Kerja berdekatan. Pihak ini akan menyiasat samada DI yg dibuat oleh majikan betul2 mengikut prosedur yg ditetapkan. Jika tidak, keputusan selepas DI yang di buat boleh dicabar dan diragukan.
5
pekerja diberhentikan dengan paksa setelah siasatan dibuat terhadap salah laku pekerja lain:-
1. rakaman percakapan pekerja lain telah memberitahu perkara2 yg tidak dibuat oleh pekerja yg diberhentikan.
2. rakaman percakapan meragukan.
3. pemberhentian pekerja tanpa bukti hanya dengan rakaman percakapan pekerja lain.
4. dipaksa menandatangani notis berhenti kerja dengan alasan yg diberi oelh majikan
5. perlukah memohon dari majikan:-
5.1. notis berhenti kerja dari majikan
5.2. seksyen 12 boleh digunapakai atau tidak
5.3. faedah penamatan kerja
5.4. seksyen 13 boleh digunapakai atau tidak
6. pekerja mula berkerja dgn gaji rm1800 setelah setahun bekerja dinaikkkan rm2000 sehingga dipaksa berhenti dgn gaji rm2000 selama lkurang 4 tahun. kenaikkan gaji tahunan adakah wajib bg tiap jabatan/majikan
Jika ada pertikaian atau tak berpuashati, boleh rujuk ke pejabat buruh berdekatan
Kalau suami saya kerja food and beverages..dia serve customer sandiwch dan buat kerja2 lain seperti preparation,jaga kebersihan kedai dan susun stok juga diberhentikan tiba2 selepas 6 tahun lebih kerja.gaji dia lebih 2000 tapi layak ke dia dapatkan pampasan ni?saya hrp dpt jwpn
Perlu ke pejabat tenaga kerja berdekatan, bawak kontrak perkhidmatan, sbb perlu penelitian thadap jawatan dan skop kerja sebetulnya. Admin tak boleh terus bagi jawapan kerana takut tsalah jawab. Jumpa dengan pegawai tenaga kerja, jika suami puan mmg dikategorikan pekerja manual, so layak dapat pampasan
As,salam,saya Malik…nak Tanya,saya kerja sebagai security,saya dberhentikan kerja sbab contract tempat yg saya jaga dah habis…masalah nya ialah,baru 5 bulan kerja,xda Surat perlantikan,Tak ada slip gaji,Dan potongan kwsp Tak masuk…adakah saya layak dapat pampasan,Minta penjelasan tolong
Wsalam.. boleh jika dah kerja lebih setahun dan majikan tak inform awal tentang pengambil alihan baru syarikat
berapa rate harga sehari gaji untuk public holiday? perlu dibayar 3kali ganda jika pekerja pada waktu cuti umum?
1. Jika bekerja pada public holiday yg diambil oleh majikan, maka majikan boleh gantikan cuti tsbt dengan hari lain dalam tahun tsbt (kecuali 5 hari wajib). Jika majikan nak bayar sbb xnak gantikan cuti pada hari lain, maka majikan perlu bayar 2 kali ganda kadar gaji sehari (jika bergaji bulan. perlu bahagikan jumlah gaji bulan utk cari kadar sehari). Jika bgaji harian, majikan perlu darabkan 3 utk gaji sehari pekerja itu.
2. Jika tidak bekerja pada hari public holiday yang diambil oleh majikan, maka tiada tambahan (jika bgaji bulan). Jika bgaji harian, majikan perlu bayar utk hari tsbt walaupun tak bekerja.
3. Jika public holiday yang tidak diambil oleh majikan, maka hari tsbt adalah hari biasa.
Oleh itu, pastikan majikan ada senarai cuti umum/hari kelepasan am yang ditampal di premis atau tempat yang boleh dilihat oleh pekerja.
Nak tanya.. bila mulatto Kerja majikan Kata gaji max 2500. Sekarang.. bila fresh graduate mulatto Kerja gaji 2700-3500 staff lama gaji tak naik.. macam mana? Boleh Kita buat aduan kat mana?
Pasal gaji kami tiada undang2 atau hak mencampurinnya. Ianya adalah polisi syarikat
Tumpang tanya,
Waktu bekerja : Isnin – Sabtu , Ahad Cuti
(i) Sekiranya pada hari sabtu tiada air, ahad boleh dikira 1.5 ke?
(ii) Sekiranya sabtu diganti pada annual leave, boleh ke?
(iii) Sekiranya pada hari tersebut perlu dibayar gaji, akta manakah yang boleh saya rujuk untuk saya tunjuk pada HOD?
i. takde air?
ii. tak jelas soalan saudara,,
Hi,
Kalau dalam surat tawaran dinyatakan 10 hari untuk MC, adakah ia dikira langgar akta pekerja??
Ya mmg salah kalau anda digaji utk syarat di bawah akta atau ordinan..
Adakah undang undang yang menentukan seseorng pekerja ada protection dalam EA 1955?
Tidak jelas
saya dah bekerja selama 9 tahun 3 bulan. Saya dinasihatkan berhenti oleh companykerana ada masalah kewangan,gaji saya termasuk elaun RM 6300.
Mcm mana pengiraan?
Kena tahu jawatan tuan dahulu. Takut tidak layak kerana diluar undang2 buruh
Kalau gaji kena potong lebih daripada RM100 akibat el dan half day sedangkan saya ada balance 8 hari cuti. Adakah majikan saya berhak untuk buat macam tu? Selama bekerja juga saya takde epf dan socso yg ditolak daripada gaji. Juga dipaksa datang kerja pada hari sabtu dan ahad tanpa dibayar gaji, dan ot sekiranya kena kerja lebih masa. Apakah tindakan yang boleh diambil terhadap majikan saya?
Boleh buat aduan di PTK bdekatan
Saya meseus bekerja dengan syarikat esexhibition sdn bhd selama 12 tahun..basic rm2800.. ot, rm 10 sejam, jika hari cuti am berkerja pun dikira ot dengan kadar rm10 perjam.adakah system ini dikira salah..? Apa yang perlu saya buat?
Salah kalau majikan tetapkan satu kadar yang tetap utk OT.. jika dikira dengan formula yang betul, didapati jumlah OT itu terkurang, pekerja boleh menuntut lebihan tsbt,
dimana sy boleh beli buku labour law?
Kalu buku akta kerja, ada dijual di kedai buku popular atau di pTK berdekatan. Kalau ada stok la, biasanya ssh sikit.. 🙂
Sila rujuk ke PTK berdekatan kerana soalan tuan ini memerlukan soal balas yang panjang, jika bertanyakan di sini rasanya tidak sesuai.
Salah jika diikutkann tapi kena semak banyak benda, mungkin sbb cuti sabtu ahad, mungkin lebih. So banyak kena semak sebelum bagi jawapan. Senang citer, kena pergi ke PTK berdekatan utk tujuan nasihat udng2
Tidak perlu
Kerja sebagai?
Saya dah kerja selama 6 bulan dan disebabkan masalah kewangan syarikat yang tak mampu tanggung gaji pekerja saya di berhwntikan untuk cut cost syarikat, adakah saya layak menerima pampasan dan berapa sekiranya saya layak? Perlukah saya buat laporan pada pejabat buruh?
Tidak layak, hanya layak utk gaji ganti notis shja jika majikan tidak membrikan notis sebelum diberhentikan
Saya menjalankan perniagaan tadika. Mempunyai 6 staff buat masa sekarang. Pendaftaran pelajar untuk tahun hadapan amatlah rendah (separuh dari tahun 2018). Saya ingin memberhentikan 2 pekerja dengan membayar gaji 1 bulan in-lieu. Mereka telah berkhidmat selama 3 tahun dengan saya. Tetapi pekerja saya menyatakan tindakan saya salah dan ingin membawa ke Jabatan Buruh. Mohon pencerahan sila tindakan saya betul atau tidak.
Terima kasih.
Kalau dah bagi notis, pastu klu staff dah kerja lebih setahun kena bayar pampasan, so takde masalah la. Ni tuk pekerja yg bergaji bawah RM2k yer..
Saya telah berkerja 10 tahun dan bergaji RM1500.00
Baru baru syarikat memaklumkan bahawa perniagaan akan diambil oleh syarikat lain dan saya telah mendapat surat tawaran untuk berkerja disyarikat yang akan mengambil alih perniagaan tersebut. walaubagaimana pun syarikat baru yang akan mengambil alih itu jauh . Apakah tuntutan yang boleh saya dapat jika saya tidak berkerja di syarikat baru itu
Boleh ke PTK berdekatan utk tujuan nasihat dan tuntutan jika layak.
Pekerja saya mendapat MC kerana sakit pinggang, dia datang kerja keesokkannya, saya tidak benarkan dia membuat kerja berat. Sebab saya bimbang akan membahayakan diri dia. saya bagi dia buat kerja ringan selama 2 minggu. Tetapi dia memberontak dan mahu lakukan juga. Saya risau sekiranya berlaku kemalangan adakah saya akan dipersalahkan kalau saya benarkan? Terima kasih
Pelik ni.. hmm.. biasa pekerja nak kerja-kerja ringan nii.. dia ni lain pulak..haha
atau majikan ada kurangkan gaji pekerja sbb dia buat kerja ringan menyebabkan dia memberontak ke camna?
atau dia ego dia rasa dia boleh buat kerja berat?
Saya nk bertanya bg pihak syarikat, Sekiranya candidate telah menandatangai offer letter, persetujuan bekerja bg kedua belah pihak, tiba2 membatalkan sesuka hati , ada tak tindakan yg wajar untuk pihak majikan ambil.
Jika pekerja belum memulakan kerja yg ditawarkan, tidak boleh ambil apa-apa tindakan. Tapi jika sudah memulakan kerja, majikan boleh menuntut gaji ganti notis
saya sudah bekerja selama 9tahun pembantu akaun gaji RM 4300. syarikat mengalami masalah kewangan dan meminta saya memberikan surat berhenti kerja tetapi bukan notis berhenti kerja dari majikan dan saya telah berikan surat berhenti kerja seperti yang majikan arahkan. majikan membuat tawaran akan memberikan pampasan 3bulan gaji.
i. adakah saya berhak untuk menuntut pampasan yang lebih dari syarikat?
ii. apa yang perlu saya buat?
i. jika ikut akta, puan xlayak. Jika layak sekalipun, bila puan bagi surat berhenti kerja, puan akan kehilangan kelayakan utk mendapatkan apa-apa hak puan di bawah undang2.
ii. Pampasan layak jika ada perjanjian bertulis. Mintak majikan buat perjanjian betulis pasal pampasan itu utk jaminan.
saya nak bertanya setiap company wajib ada listing cuti tahunan x?apa saya perlu buat jika company memang x da listing cuti tahunan
Listing hanya untuk cuti umum dan perlu ditampal di tempat yg boleh dilihat oleh pekerja