Pengiraan Faedah Penamatan Kerja @ Pampasan Jika Dibuang Kerja

Pengiraan Faedah Penamatan Kerja @ Pampasan Jika Dibuang Kerja | Faedah penamatan kerja adalah satu imbuhan yang diperolehi oleh pekerja jika pemberhentian suatu kontrak pekerjaan terjadi ke atas setiap pekerja sebagai contoh diberhentikan kerja, penutupan syarikat atau majikan membuat pemberhentian secara berkala. Selain medapat gaji ganti notis jika layak, majikan perlu membayar perkara ini juga kepada setiap pekerjanya.

Pekerja yang layak mendapat faedah ini ialah:

  1. Pekerja di bawah jadual pertama (rujuk sini)
  2. Pekerja yang dah bekerja 1 tahun ke atas dengan syarikat yang sama.

Faedah Penamatan Kerja dikira berdasarkan gaji atau pendapatan 12 bulan seseorang sebelum pemberhentian itu berlaku. Jika disemenanjung Malaysia, ada borang khas digunakan jika pekerja tersebut mempunyai gaji yang tidak tetap kerana gaji setiap 12 bulan ini akan ditambah sebelum dibahagikan dengan 365 hari. Admin akan bagi contoh pengiraan di bawah.

Sebelum itu, admin ingin memberitahu, ada 3 jenis jumlah faedah yang layak dituntut mengikut kepada servis pekerja itu. Ia seperti di bawah:-

i. 10 hari bergaji setiap tahun jika telah berkhidmat 1 tahun hingga 2 tahun.
ii. 15 hari bergaji setiap tahun jika telah berkhidmat lebih 2 tahun hingga kurang 5 tahun.
iiI. 20 hari bergaji setiap tahun jika telah berkhidmat lebih 5 tahun.

 

Contoh 1:

Syed telah bekerja selama 1 tahun 6 bulan dengan majikannya. Dia diberhentikan kerana masalah kewangan syarikat yang meruncing, maka Syed layak mendapat faedah penamatan kerja ini. Syed bergaji bulan sebanyak RM1900.

Pengiraan:

Syed layak untuk dapat 10 hari sebab kerja lebih 1 tahun.
6 bulan perlu dikira begini = 6/12 = 0.5
Kelayakan Syed = 1.5

Maka,

– RM1900 X 12 / 365 = RM62.47
– RM62.47 X 1.5 X 10 = RM937.05

 

Contoh 2:

Aiman telah bekerja selama 4 tahun 2 bulan dengan majikannya. Dia diberhentikan kerana majikannya ingin menutup operasi syarikat. Majikannya telah menawarkan pampasan sebanyak 1 bulan gaji iaitu sebanyak RM1,800 kepadanya. Beliau telah menerima dan apabila beliau mengira sendiri formula Faedah Penamatan Kerja ini, beliau ke Pejabat Tenaga Kerja untuk menuntut baki yang perlu dibayar oleh majikannya.

Boleh ke? Ya, bolehh jawapannya..

Pengiraan:

Aiman layak untuk dapat 15 hari sebab kerja 4 tahun 2 bulan.
2 bulan perlu dikira begini = 2/12 = 0.166
Kelayakan hari Aiman menuntut = 4.166
Gaji aiman sebulan ialah RM1,800 mengikut kepada ayat diatas mengatakan majikan menawarkan 1 bulan gaji RM1,800

Maka,

– RM1,800 X 12 / 365 = RM59.18
– RM59.18 X 4.166 X 15 = RM3,698.04
– maka Aiman berhak mendapat RM3,698.04 – RM1,800 = RM1,898.04 (baki selepas menerima RM1,800 drp majikannya)

 

Contoh 3:

Shahril telah bekerja selama 14 tahun dengan majikannya. Dia diberhentikan kerja pada akhir Mac 2015 dengan gaji pokok terakhir sebanyak RM1,700. Beliau bergaji tidak tetap setiap bulan kerana mendapat elaun dan lain-lain bayaran setiap bulan.

Pengiraan:

Shahril layak untuk dapat 20 hari sebab kerja 14 tahun
Gaji Shahril 12 bulan kebelakang ialah: berdasarkan penyata gaji beliau (tahun 2014) April RM1800 + Mei RM1,980 + Jun RM1,790 + Julai RM1,989 + Ogos RM1,998 + Sept RM1,877 + Okt RM1,778 + Nov RM1,773 + Dis RM1,880 + (tahun 2015) Jan RM1,990 + Feb RM1,700 + Mac RM1,800 = Jumlah adalah RM22,355

Maka,

– RM22,355 / 365 = RM61.25
– RM61.25 X 14 X 20 = RM17,150

* makin lama berkhidmat, makin banyak akan dapat
* pengiraan dibimbing oleh Pegawai Tenaga Kerja, hanya bimbing, anda yang perlu kira sendiri sebab korang yang nak claim kan..huhu

Jika ada persoalan yang ingin ditanya, taip sahaja di dalam kotak di bawah. Jangan lupa bagi berapa bintang yer untuk artikel ini. boleh klik pada bintang rate kat bawah. klik laju2, nanti tak sempat nak klik semua bintang. hehe.. Terima kasih

41 Replies to “Pengiraan Faedah Penamatan Kerja @ Pampasan Jika Dibuang Kerja”

    1. Saya berkerja di sebuah kilang swasta dengan gaji RM1,300 sebulan . Saya juga telah berkhidmat selama 22 tahun 9 bulan . Saya diberhentikan kerana masalah kesihatan . (Medical Board) Berapakah pampasan harus saya dapat ??? Juga kesihatan saya terjejas disebabkan oleh kemalangan di tempat kerja . 1) Terjatuh di tangga dan menyebabkan tulang belakang fractured . Terpaksa menjalani pembedahan .
      * Mengalami sakit belakang yang Kronic.
      2) Terhidu Gas beracun di tempat chemical dan menyebabkan hidung saya terbakar dan juga terpaksa menjalani pembedahan 3 x untuk membuang polyps .
      * Hilang deria bau dan rasa

      Adakah saya layak untuk menerima pampasan bagi kehilangan deria bau dan rasa saya dan juga sakit belakang saya ??? Berapakah pampasan harus saya terima berdasarkan accident di atas ? Please advice and thank you

      1. Untuk pampasan akibat daripada kemalangan kerana kerja tiada dalam akta atau ordinan. Ianya tertakluk dengan perkeso (socso) yang dipotong setiap bulan tersebut. Jika medical board menjelaskan seseorang pekerja yang tidak mampu untuk berbuat kerja, seseorang itu boleh di berhentikan kerana ketidakupayaan menjalankan kerja-kerja sebagaimana semasa sihat dahulu.

        Untuk pampasan itu, majikan atau pekerja perlu rujuk kepada perkeso iaitu pihak yang menanggung insurans pekerja jika berlaku kemalangan.

  1. adakah ianya relevan ?@ tak relevan sekiranya kita menghantar surat perletakan jawatan dalam masa dua minggu sebelum perletakan jawatan?

    1. Ini bukan isu revelen atau tidak, tetapi ini adalah undang-undang di dalam akta kerja atau ordinan buruh sabah @ sarawak. Jika ia mmg tertulis di dalam kontrak perjanjian 2 minggu, boleh kasi 2 minggu, tapi kalau tulis sebulan, wajib kena bagi sebulan kalau tidak majikan boleh ambil tindakan. Jika tiada kontrak perjanjian, kena rujuk pada akta kerja atau ordinan jika tuan/puan adalah memang dibawah kategori “pekerja” di bawah maksud atau jadual pertama akta kerja itu.

    1. Wssalam..
      Hak pekerja dan faedah pekerja adalah sama, tetapi tidak semua pekerja boleh mendapatkannya. Ada syarat dan peraturan yang membolehkan hak dan faedah seperti di dalam akta atau ordinan diperolehi oleh pekerja.

  2. Hi
    Saya bekerja sebagai sales/prod. coordinator.
    Gaji RM 1750 + Elaun RM 750. Berkhidmat 7 tahun 7 bulan

    Macam mana nak kiran duit pampasan saya?

    1. Hi,
      Elaun apakah itu? Kerana perlu comfirmkan you ni di bawah akta kerja atau tidak. Jika tidak, you tidak layak untuk faedah penamatan kerja

  3. Hi admin,mau tnya…sya mula bkerja pada tahun 2012 d company X group A…..namun pada tahun 2016,sya telah dipindahkan(transfer) d company Y group yg sama iaitu A…soalan sya,jika sya diberhentikan kerja,layakkah saya menuntut pengiraan tuntutan pampasan sya dikira dari tahun 2012 ataupun dikira dari hnya tahun 2016 sewaktu sya dipindahkan…mohon pencerahan admin..

    1. Hi
      Jika tidak sign aggrement baru, just dipindahkan kerana group company yg sama, services bermula pada tarikh tuan kerja di syarikat X.

  4. Salam.. sye perkerja kontrak bkn permanent staf..sye telah bekerja selama 7 tahun.2mggu lepas sye diberi surat pemberhentian kerja bermula hujung bulan 12 ,dakah saye layak utk dibayar pampasan. Walau saye hanye pekerja kontrak.

  5. Saya pekerja am di kilang sejak Ogos 2016. Jika majikan SURUH saya berhenti kerja atas sebab kesihatan, apa yang akan saya dapat?

    1. Jika awak yang berhenti sendiri, tiada apa apa yang awak akan dapat. Jika majikan yang berhentikan awak, baru dapat faedah penamatan kerja

  6. As salam tuan… Saya antar notis sebulan. Sy antar notis 9hb 9, tempoh tamat notis 8hb 10.baki cuti tahunan saya 5.5hari.dalam tempoh notis saya hbiskan cuti tahunan saya tu. Jadinya saya bkerja sampai 23hb 9 tolak cuti tahunan saya itu. Gaji bulan 9 saya terima. Saya nak tau adakah bln 10 saya masih dibayar gaji.

    1. Wsalam
      gaji bulan sembilan layak dapat full, gaji bulan 10 sepatutnya dapat smpai 8 hbln 10 la. jika majikan tak bayar boleh tuntut melalui pejabat buruh

  7. Apa saya bleh buat ya klau majikan saya pcat tmpa ksalahan.then dia bagi saya pampasan jst 3yrs of work.when infact sya brkjra sama dia is 5yrs.Dia blang masa saya pkerja biasa tidak trkira..dia mau kira yg saya mula jagi staff..then dalam 3yrs staff tu dia bagi pampasan 50% je dia bilang..

    1. Tidak boleh, kena kira start u mula kerja walaupun pekerja biasa sahaja. Boleh buat tuntutan melalui pejabat buruh untuk 2 tahun yang tidak di bayar itu. Byaran adalah penuh bukan half.

  8. SAYA TELAH BEKERJA DISEBUAH SYARIKAT SELAMA 9 TAHUN,KINI SYARIKAT TEMPAT SAYA BEKERJA AKAN MENUTUP OPERASI KERANA TELAH MENJUAL KEPADA SYARIKAT LAIN SEMUA PEKERJA AKAN DITRANFER KEPADA SYARIKAT YANG MEMBELI SYARIKAT SAYA BEKERJA DAN SAYA AKAN MENDAPAT OFFER LETTER BARU DARI SYARIKAT TERSEBUT,ADAKAH SAYA BOLEH MENUNTUT PAMPASAN DARI SYARIKAT LAMA…

    1. Jika tuan akan sign offer letter baru, tuan boleh menuntut faedah penamatan kerja jika tuan mmg dilindungi di bawah akta kerja atau ordinan

  9. Saya punya pekerja yg bermasalah setiap hari dtg lewat, waktu kerja asik bergayut di tel bermsg, diskrin komputer dibahagi 2 1 utk keja 1 utk nonton video dan sering keluar sesuka hati 3 4 jam dan balik awal sbb saya jarang ada diopis. Sy ingin memberhentikan nya. Adakah dia layak mendapat pampasan dr syarikat? Dia telah bekerja 5 thn lebih

    1. Jika puan membuangnya pekerja tsbt tanpa ada apa-apa siasatan dalaman atau apa-apa warnign, puan perlu memberi pampasan. Jika pekerja bmasalah dan ingin memberhentikannya kerana mempunyai attitude yg sangat buruk molek benar jika puan buat satu DI (Domestic Inquiry) / Siasatan Dalaman dimana syarikat boleh memberi tuduhan seperti yang puan listkan tu dengan bukti sekali, jika dia mgaku bsalah, puan boleh bhentikan dia. Puan boleh hubungi pejabat buruh atau jabatan perhubungan perusahaan cara yang betul buat siasatan dalaman ini.

    1. Pendapatan (gaji/wages) = semua gaji termasuk semua jenis upah kecuali elaun bukan bentuk tunai..

      Gaji pokok = gaji basic tidak termasuk OT/Komisen/elaun dll..

  10. Saya baru bekerja selama 3bulan dan masih dalam tempo probation. Gaji sbyk rm2700 sbgai HR exec. Baru2 ni saya diberhentikan kerja 24jam kerana dituduh cuba sabotaj pihak syarikat sedangkn sy tidak lakukannya, adakah sy layak terima pampasan ini?

    1. Untuk jawatan HR exec adalah tidak dilindungi oleh akta ini, jadi secara automatik saudari tidak layak mendapat pampasan ini tetapi jika perjanjian bertulis saudari dengan majikan ada menyebut tentang pampasan ini, barulah saudari boleh mendapatkannya, jika tiada, tak dapat la,,

      1. terima kasih.. jika didalam offer letter ada tulis jika pihak syarikat ingin bhentikan sy dlm tempoh probation, pihak syarikat kena beri notice 4 week atau beri gaji 4 week.. adakah offer letter itu berguna utk sy jika sy ingin tuntut hak sy.?

    1. Jika majikan Menawarkan Pemberhentian Secara Sukarela (VSS), maka majikan wajib mengira jumlah pampasan ini terhadap mana-mana pekerja yang layak. Jika tiada diberikan, rujuk pada kontrak perjanjian, jika layak kena tuntut dengan majikan, jika enggan diberi, pekerja boleh report kat pejabat buruh kalau pekerj itu dilindungi oleh undg2 buruh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *