Pengiraan Gaji Lebih Masa Hari Biasa, Hari Rehat & Cuti Umum | Pengiraan Gaji Lebih Masa adalah kesalahan yang paling banyak berlaku di Malaysia menurut kes-kes yang difailkan di Pejabat Tenaga Kerja. Ada majikan yang langsung tidak membayar, ada majikan yang salah kira, ada majikan yang memberikan gaji lebih masa secara tetap yang mana jumlah diberikan itu jauh lebih rendah (jika lebih takpe la jugak) dan ada majikan yang cincai cincai saja maa… adoii apa nak jadi ini. Nak kena kompaun dulu ker?

Okey, artikel kali ini admin akan ajar macam mana nak kira gaji lebih masa ini. Admin sediakan contoh untuk setiap pengiraan gaji lebih masa hari biasa, hari rehat dan cuti umum. Jika anda seorang pekerja, sila semak sendiri adakah gaji yang ada terima setiap bulan itu adalah betul pengiraannya dan jika yang membaca ini seorang majikan atau wakil majikan yang terlibat secara tidak langsung dalam pengiraan gaji setiap pekerja.

Gaji lebih masa adalah berlaku pada mana-mana masa selepas 8 jam (waktu kerja normal) atau selepas 10 jam (waktu kerja yang ada rehat yg panjang ditengah²) adalah dikira sebagai gaji lebih masa yang layak dituntut.

So kita nak tahu dulu, semua layak ke dapat claim OT ni? Tidak.. bukan semua boleh dan berhak. Siapa yang berhak?

i. Bergaji 2000 ke bawah.

ii. tak kira gaji berapa asal dia buat pekerjaan kasar. (manual workers) Contoh : mekanik, tukang masak, welder dan lain-lain.

ii. pekerja admin tidak layak jika lebih RM2000 gajinya

 

So, Jom kira lihat pengiraannya:-

Gaji Lebih Masa Hari Biasa

Amin bekerja sebagai pemandu yang bergaji RM1500 sebulan. Beliau telah membuat kerja lebih masa sebanyak 50 jam pada bulan Ogos.

Jadi kita cari kadar gaji sejam amin dahulu : RM1,500 / 26 = RM57.68 / 8 jam = RM7.21

Formula untuk pengiraan ot hari biasa adalah 1.5

Cara kira RM7.21 X 1.5 X 50 jam ot = RM540.86

Jadi untuk gaji lebih masa Amin pada bulan Ogos adalah RM540.86

 

Gaji Lebih Masa Hari Rehat

Ali diarah/disuruh/dipaksa oleh majikannya bekerja di tapak pembinaan pada hari ahad iaitu hari rehatnya kerana ada banyak kerja perlu disiapkan dengan segera dan Ali telah membuat kerja sehingga terpaksa membuat kerja lebih masa. Maka Ali yang bergaji RM1700 sebulan telah mematuhi perintah boss nya. Beliau telah membuat kerja lebih masa sebanyak 3 jam pada hari tersebut.

Jadi kita cari kadar gaji sejam Ali dahulu : RM1,700 / 26 = RM65.38 / 8 jam = RM8.17

Formula untuk pengiraan ot hari biasa adalah 2.0

Cara kira RM8.17 X 2 X 3 jam ot = RM49.04

Jadi untuk gaji lebih masa Ali pada cuti rehat adalah RM49.04

Rujuk : Hari Rehat & Bayaran Jika Bekerja Hari Rehat Mingguan

 

Gaji Lebih Masa Hari Cuti Umum

Abu telah bekerja pada cuti umum dan telah bekerja lebih masa sebanyak 3 jam. Maka Ali yang bergaji RM1800 boleh menuntut gaji lebih masa sebagaimana di bawah.

Jadi kita cari kadar gaji sejam Abu dahulu : RM1,800 / 26 = RM69.23 / 8 jam = RM8.65

Formula untuk pengiraan ot hari biasa adalah 3.0

Cara kira RM8.65 X 3 X 3 jam ot = RM77.88

Jadi untuk gaji lebih masa Abu pada cuti rehat adalah RM77.88

Rujuk : Cuti Umum & Bayaran Jika Bekerja Hari Cuti Umum

 

* Jika gaji pekerja tersebut bergaji hari, terus bahagikan dengan 8 untuk mendapatkan gaji sejam.
* Jika gaji pekerja tersebut sudah bergaji jam, terus darabkan saja menggunakan formula di atas.
* Jika majikan tidak tahu atau tidak menyuruh pekerja membuat kerja lebih masa, majikan berhak tidak membayar gaji kerja lebih masa ini.

Semua faham cara pengiraannya? jika belum jelas boleh bertanya di bawah nanti admin akan jawabkan. InsyaALLAH secepat mungkin.