Tanggungjawab Majikan Sebelum @ Selepas Mempunyai Sesuatu Perniagaan

majikan perlu patuh dengan akta kerja 1955

Tanggungjawab Majikan Sebelum @ Selepas Mempunyai Sesuatu Perniagaan | Ramai majikan diluar sana hanya memikirkan dan mencari-cari hanya ilmu perniagaan semata-mata. Banyak daripada mereka mengabaikan tanggungjawab yang wajib mereka patuhi berkaitan dengan Akta Kerja 1955 dan akta-akta selainnya. Admin ingin mengupas secara ringkas apa tanggungjawab anda sebagai majikan jika mempunyai sesuatu perusahaan. Silakan baca dan hadam, jika tiada atau tidak pernah buat sebelum ini, pastikan selepas ini anda buat!!. (Artikel ini adalah terpakai untuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja – Akta Kerja 1955)


Butiran Perkhidmatan:

  1. Menyediakan Daftar Pekerja (Seksyen 61, Akta Kerja 1955 dan Peraturan 5, Peraturan-peraturan Kerja 1957).
  2. Menyediakan Daftar Bersalin ( Seksyen 44, Akta Kerja 1955).
  3. Memberi Syarat-syarat Perkhidmatan kepada pekerja (Peraturan 8, Peraturan-peraturan Kerja 1957).


Cuti

  1. Memberi sekurang-kurangnya satu hari rehat Cuti Rehat Mingguan kepada pekerja (Seksyen 59 (1), Akta Kerja 1955)
  2. Memberi sekurang-kurangnya 11  hari rehat Cuti Pelepasan Am kepada pekerja (Seksyen 60D, Akta Kerja 1955)
  3. Memberi cuti tahun bergaji mengikut tempoh perkhidmatan kepada pekerja (Seksyen 60E, Akta Kerja 1955)
  4. Memberi cuti sakit bergaji mengikut tahun perkhidmatan kepada pekerja (Seksyen 60F, Akta Kerja 1955)
  5. Memberi cuti bersalin 60  hari dan elaun bersalin kepada pekerja yang layak (Seksyen 37 – 41, Akta Kerja 1955)


Waktu Bekerja

  1. Mematuhi waktu bekerja 8 jam sehari dan tidak melebihi 12 jam sehari termasuk kerja lebih masa (Seksyen 60A (b) dan Seksyen 60A (b) (7), Akta Kerja 1955).
  2. Memberi waktu rehat sekurang-kurangnya 30 minit dalam tempoh 5 jam bekerja (Seksyen 60A (1) (a), Akta Kerja 1955).
  3. Mematuhi waktu kerja tidak melebihi tempoh masa 10 jam terus-menerus dalam satu hari (Seksyen 60A (1) (c), Akta Kerja 1955).
  4. Tidak menetapkan jumlah waktu bekerja melebihi 48 jam seminggu bagi pekerja syif ( Seksyen 60C (1), Akta Kerja 1955).
  5. Tidak menetapkan purata jam bekerja dalam tempoh 3 minggu tidak melebihi 48 jam seminggu bagi pekrja syif ( Seksyen 60C (1), Akta Kerja 1955).
  6. Membuat bayaran kerja lebih masa bagi kerja lebih masa mengikut kadar yang telah ditetapkan.
    – Hari Bekerja Biasa (Seksyen 60A (3) (a), Akta Kerja 1955).
    – Cuti Rehat Mingguan  (Seksyen 60(3), Akta Kerja 1955).
    – Cuti Pelepasan Am (Seksyen 60D (3)(a)(i)(ii), Akta Kerja 1955).
  7. Tidak membenarkan pekerja bekerja melebihi had kerja lebih masa bagi maksud Seksyen 60A (4)(a) iaitu 104 jam sebulan (Pertauran-peraturan Kerja (Had Kerja Lebih Masa) 1980.


Kewajipan Melapor

  1. Maklumat Tempat Pekerjaan Dan Penggajian Pekerja
    – Mendaftar tempat pekerjaan baru dalam tempoh 90 hari ( Seksyen 63A, Akta Kerja 1955).** (Borang Pendaftaraan Tempat Pekerjaan Baru)
    – Memberi maklumat dan butir-butir mengenai pekerja asing dalam tempoh 14 hari selepas pengambilan (Seksyen 60K (1) Akta Kerja 1955). **(Borang PA1/13)
    – Memberi maklumat berkaitan penamatan pekerja asing dalam tempoh 30 hari sebelum tindakan pemberitahuan dilaksanakan ( Seksyen 63, AKta Kerja 1955). **(Borang PK)


Kemalangan Pekerja

  1. Melaporkan kemalangan pekerja asing dalam tempoh 10 hari dari tarikh kemalangan ( Seksyen 13 (2), Akta Pampasan Pkerja 1952).**(Borang P.P.2)

**Borang-Borang berkaitan di atas boleh dimuat turun menerusi laman web jtksm.mohr.gov.my


Gaji

  1. Memberi penyata Gaji ( Peraturan 9, Peraturan-peraturan Kerja 1957
  2. Pembayaran gaji tidak melebihi 7 hari dari tempoh upah ( Seksyen 19, Akta Kerja 1955) dan mematuhi Perintah Gaji Minimum 2012.
  3. Tidak boleh membuat potongan gaji selain yang dibenarkan (Seksyen 24, Akta Kerja 1955).
  4. Membuat pembayaran gaji melalui bank ( Seksyen 25, Akta Kerja 1955).


Penggajian Pekerja Asing

  1. Menginsuranskan semua pekerja asing di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA) dengan Panel Penanggung Insurans yang diwartakan (Seksyen 26, Akta Pampasan Pekerja 1952).
  2. Menandatangi Surat Aku Janji selepas mendapat kelulusan menggaji pekerja asing.


Penamatan Pekerja

  1. Tidak boleh menamatkan kontrak perkhidmatan pekerja tempatan untuk mengambil pekerja asing (Seksyen 60M, Akta Kerja 1955).
  2. Tidak boleh menamatkan perkhidmatan pekerja dalam tempoh cuti bersalin (Seksyen 37(4), Akta Kerja 1955).
  3. Memberi notis penamatan mengikut kontrak perkhidmatan atau mengikut Seksyen 12, Akta Kerja 1955 Membayar Faedah Penamatan Kerja bagi yang layak (Peraturan-peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan dan pemberhentian Kerja Sementara 1980).
  4. Pekerja tidak boleh dibersarakan sebelum mencapai umur persaraan minimum 60 tahun (Seksyen 5(1) Akta Umur Persaraan Minimum 2013)
  5. Boleh menamatkan perkhidmatan pekerja akibat salahlaku yang berlawanan dengan syarat perkhidmatan selepas siasatan sewajarnya dijalankan ( Seksyen 14(1), Akta Kerja 1955).
  6. Boleh menamatkan perkhidmatan pekerja sekiranya pekerja tidak hadir melebihi 2 hari berturut-turut tanpa alasan yang munasabah selepas siasatan dijalankan (Seksyen 14(1), Akta Kerja 1955) dan Seksyen 15(2), Akta Kerja 1955).


Pengecualian Pemakaian Akta (Perlu Permohonan Permit)

  1. Membayar gaji lewat
  2. Pendahuluan Gaji
  3. Potongan Gaji
  4. Penggajian Wanita Bekerja Waktu Malam (Pertanian dan Perindustrian)
  5. Melebihi Had Kerja Lebih Masa
  6. Menyimpan Daftar Pekerja di Ibu Pejabat
  7. Menyimpan Daftar Dalam Bentuk Lain
  8. Kelonggaran Waktu Kerja Biasa.
  9. Skim Intensif Yang Diluluskan
  10. Lesen Hiburan Awam Untuk Menggajikan Kanak-Kanak dan Orang Muda
  11. Pembayaran Gaji Selain Melalui Akuan Bank
  12. Mengumpul Cuti Rehat Mingguan.

**Borang-Borang berkaitan di atas boleh dimuat turun menerusi laman web jtksm.mohr.gov.my


Kemudahan Asas Pekerja (Sektor Perladangan)

  1. Mengemukakan permohonan menggunakan Elektrik Selain Sumber Awam
  2. Mengemukakan permohonan Pelan Bangunan dan Sijil Layak Menduduki
  3. Mengemukakan permohonan menggunakan Air Selain Sumber Awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *