Tips Susunan Sijil dan Dokumen Semasa Temuduga | Artikel kali ini admin akan kongsikan cara menyusun sijil dan dokumen lain di dalam dail ketika menghadiri temuduga. Ianya penting sebagai penanda aras calon tersebut seorang yang terurus atau sebaliknya. Pengkongsian daripada Nurul Najiha Salikin ini sangat menarik dan boleh dijadikan contoh oleh semua.

Untuk interview Suruhanhaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) ni presentation documentation kena la cun jugak ditambah dengan knowledge technical juruukur bahan . Ni kita tunjukkan fail kita tadi,yg ni viral dg41 tu sama jugak. Tapi kita share jugak ya.. boleh bantu yg lain juga kan.. Hehhe .

Untuk SPA, pengalaman-pengalaman sebelum ni dan harini, dia nak jugak yang salinan, so korang kena Photostat siap-siap tau dan susun ikut susunan, tidak la korang yang debor nak cari tempat photostate time sampai. .

Ni salinan yang perlu ada tau (*salinan*)

💿Resume

💿SAlinan IC

💿salinan surat beranak/sijil kelahiran

💿sijil spm

💿Surat berhenti sekolah

💿Transkrip diploma .

*ni semua stapler bagi x tercicir ya

* susunan sijil ikut dari rendah baru ke peringkat tinggi .

 

Gambar 1: Kat tepi depan border,bubuh nama dan no. ic
Gambar 2: muka depan mukasurat pertama (jawatan yang dapat tu)

Gambar 3: Borang ni la kena bg masa sampai. Nanti dia akan bagi angka giliran lepastu
Gambar 4: resume

Gambar 1: Bubuh yang ori dalam fail korang. Macamni. Cari la silotepe bagi x gerak-gerak ic tu
Gambar 1: Part ni, yang susun ikut turutan dari peringkat terendah baru ke peringkat tertinggi

Gambar 6: Spm
Gambar 7: Sijil Berhenti Sekolah

Gambar 8: Sijil Anugerah Eksekutif
Gambar 9: Sijil GiatMara

Gambar 10: Baru lah transkrip diploma cu ollzs
Gambar 11: Korang punya subjek dan result time sem

Gambar 12: Muet
Gambar 13: baru la yang ni, kita asingkan penglibatan kat IPTA dengan sekolah menengah

Gambar 14: Sijil peringkat U
Gambar 15: lagi sijil…

 

Gambar 16: Sijil masa sekolah menengah
Gambar 17: Sijil SMK jugak..

 

Soalan 2, yang banyak tanya kat kita:- Do n donts masa Temuduga – cu ollzs boleh google la, banyak tips sebenarnya -tapi kita share sikit eh :

❤ prepare dokumen lengkap2 la, salinan n original mesti ada .

❤ Da sampai tempat temuduga, serahkan surat yang korang dapat untuk panggilan temuduga kat emel masing-masing, print tau yang tu. Lepastu nanti ada pegawai yang akan semak semua dokumen korang tu, sebelum dibagi angka giliran .

❤ da sampai tempat temuduga, duduk diam-diam. Tunggu sampai angka giliran dipanggil .

❤ JANGAN sibuk tanya candidate lain soalan apa yang ditanya, duduk diam2 n cool2 ja eh. Heheheh . Lepas angka giliran korang dah dipanggil tu, jalan dengan tenang, dan ketuk pintu tu dulu, n masuk dengan yakin, pahtu bagi fail korang kat pengerusi temuduga dalam tu dan bagi salinan kat pegawai sorang lagi. Pahtu berdiri kat sisi kerusi yang disediakan, dan duduk, kalo dah disuruh . Tips tadi dapat dari pegawai tu, cuba tonjolkan satu kelainan yang tiada kat candidates lain. *nametag (walaupun temuduga pegawai AADK ka) *bertumit sikit klo girls – wikikau.com